Bukan mudah untuk menggapai kejayaan. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dilalui untuk sampai ke puncak. Sama seperti penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF4) Diddy Hirdy, 37 telah berjaya tamatkan pembelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Liverpool dalam bidang muzik baru-baru ini.
Selepas melalui proses pembentangan viva bagi pengajian, Diddy begitu bersyukur dan men4ngis apabila dia telah lulus dalam pengajian tersebut.
“Bila penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland cakap ‘pass’ (lulus) dan ‘minor correction’ (sedikit pembetulan), saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus.”
Menurut Diddy, hari konvokesyen bakal dijalankan pada Disember ini dan berharap dia dapat menghadirkan diri.
“Perjuangan mendapatkan PhD ini bermula sejak 2017. Alhamdulillah, selepas lima tahun saya berjaya selesaikan walaupun pelbagai cabaran ditempuh. Sebagai contoh, saya bermula di Glasgow, Scotland, kemudian penyelia saya berpindah ke Finland. Dia ajak ikut sekali, tapi saya tak boleh sebab baru 10 bulan duduk di Glasgow. Namun, saya ambil keputusan berpindah ke Liverpool dan teruskan dengan penyelia sewaktu peringkat Ijazah Sarjana.
Menurut Diddy yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, dia lega dan pengorbanan dilalui selama ini sudah terbayar.
“Mengenangkan jerit perih dengan membawa dua anak kecil dan merantau di bumi asing, sekarang dah lega. Ibaratnya terbayar segala pengorbanan. Sebelum ini rasa macam ada batu besar yang memberi beban besar di belakang. Nak jumpa orang pun malas. Sekarang ni bangun pagi tak tahu nak buat apa.
“Saya bukan anak orang senang. Saya belajar di luar negara dengan biasiswa dari 2014 hingga 2020. Bagi pengajian Ijazah Sarjana biasiswa saya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan PhD dari UUM. Saya kena berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian dan sekarang memang sudah mengajar di UUM,” katanya.
Dalam masa sama, Diddy berkata, perjalanan dalam bidang pendidikan itu memerlukan dia mengorbankan kerjaya seni dibina selepas keluar dari program Akademi Fantasia musim keempat (AF4).
“Sebenarnya, selepas AF 4 dan selepas beberapa tahun aktif menyanyi, saya terus sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM. Ketika itu UUM buka peluang kepada anak seni dan ambil peluang itu. Saya dapat keputusan baik dan ditawarkan menjadi tutor di situ. Alhamdulillah, seterusnya dapat peluang sambung Ijazah Sarjana dan PhD pula.
“Saya korbankan dan lupakan karier nyanyian. Alhamdulillah dah selesai PhD, mungkin boleh ‘refresh’ kerjaya seni,” katanya.

Sumber Mstra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.