BEKAS madu pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib mendakwa sudah tidak menerima nafkah sebanyak RM15,000 daripada bekas suami, Rosland Othman sejak September 2021.
Adibah, 50, berkata, Rosland hanya memberi nafkah penuh selama lapan bulan selepas berkahwin dengan aktres berkenaan pada Julai 2020.
“Masa mula-mula dia ada bagi (nafkah) dalam tujuh hingga lapan bulan selepas kahwin lain tapi bila hampir setahun, dia mula mengabaikan.
“Mula tidak balik, duit pun dia tak bagi… Dia tidak bagi sepenuhnya pada September 2021,” katanya kepada pemberita.
Adibah memberitahu Rosland masih membayar bil setiap bulan dan memberi wang perbelanjaan apabila diminta anak-anak.
Adibah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi perbicaraan nusyuz yang difailkan Rosland terhadapnya.
Rosland memfailkan tuntutan itu selepas mendakwa Adibah melanggar arahan yang melarangnya untuk keluar dari rumah pada 24 September 2021.
Dalam pada itu, Adibah berkata, sejak dia membawa anak-anak pergi ke sebuah hotel pada tarikh berkenaan, Rosland mula menyekatnya sehingga ke hari ini termasuk berhenti memberi nafkah.
Bagaimanapun jelasnya, Rosland masih memberi perbelanjaan sekiranya diminta oleh anak-anak selain membayar bil termasuk ansuran rumah, kereta, elektrik, air dan sebagainya.
“Rosland ada bayar sikit tapi bila anak-anak minta. Dia bukan tak bagi langsung, dia bayar ansuran rumah, kereta, air, api (elektrik), internet… Bukan tak bayar tapi yang asas dia lunaskan.
“Terima kasih untuk itu Rosland, cumanya duit poket dia tak bagi. Tak dapat nak pergi klinik gigi, rawatan muka, isi minyak,” katanya.
Sementara itu, Adibah selaku defendan kes berkenaan memberitahu mahkamah kereta mewah yang diberikan plaintif sebelum ini juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan kereta lebih lama.
Terima kasih untuk itu Rosland, cumanya duit poket dia tak bagi. Tak dapat nak pergi klinik gigi, rawatan muka, isi minyak.
ADIBAH ABD MUTALIB
BEKAS ISTERI ROSLAND OTHMAN
Adibah ketika ditanya penguamnya, Junid Ramali berkenaan ingkar arahan suami kerana keluar rumah pada 24 September, dia tidak bersetuju dengan tuduhan itu.
Defendan memberitahu mahkamah dia telah membuat permohonan maaf dan menyatakan sebab membawa anak-anak keluar pada tarikh tersebut.
“Saya tak setuju mengatakan saya ingkar. Saya juga telah cakap elok-elok kenapa nak bawa anak keluar. Sebelum ini tidak pernah ada masalah,” ujarnya.
Adibah memberi keterangan itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin.
Adibah berharap isu rumah tangganya segera berakhir.
Abdul Fattah kemudiannya menetapkan untuk menyambung perbicaraan itu pada 31 Oktober depan bagi pihak defendan menyediakan keterangan saksi.
Pada 2 Ogos lalu, Adibah dan Rosland yang juga ahli perniagaan sah bercerai talak satu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu berkahwin pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.
Rosland juga berkahwin dengan Miera pada Julai 2022 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.