Pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila sering menjadi tumpuan apabila sering bergandingan dalam iklan mempromosikan satu jenama makanan di media sosial.
Sering dilihat bersama-sama anak mereka, Jebat Jayden, ramai peminat mendoakan agar kedua-duanya kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri.
Maklum dengan kata-kata dan doa daripada peminat itu, Noor Nabila akhirnya memberi sedikit respon mengenai isu tersebut.
Ujar Nabila, dia memohon peminat agar mendoakan kesejahteraan anak mereka kerana dia dan bekas suaminya itu sudah mempunyai jalan hidup masing-masing.
Korang doa untuk anak kita saja..yang baik-baik, tu dah cukup untuk kita berdua. Untuk kami berdua, kita dua dah ada kehidupan masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, peminat dilihat menghormati respon Nabila apatah lagi Sharnaaz juga kini sudah mempunyai kekasih hati yang baru.
Terdahulu, Sharnaaz dan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 sebelum bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.