Isu Parang Buat Nama To’ki Busuk, Dituduh Terlibat Dalam Aktiviti Kongsi Gelap?

SUSULAN bertindak mengeluarkan parang ketika diserang sekumpulan individu di rumah sewanya, penyanyi To’ki mendedahkan dia kini dilabel sebagai seorang gangster oleh segelintir pihak.

Tidak hanya itu, To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 58, berkata, ada juga pihak menuduhnya terlibat dalam aktiviti kongsi gelap hanya kerana bertindak mempertahankan keluargan dalam insiden berkenaan.

“Disebabkan isu ‘parang’ saya dikaitkan dengan aktiviti kongsi gelap… Kalau betul saya terlibat dengan kumpulan itu, tidak semudah itu saya boleh keluar daripadanya,” katanya ketika ditemui mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, To’ki menjelaskan tuduhan tidak membayar bil elektrik sehingga tertunggak RM6,000 sebagai mengarut.

Jelasnya, sekiranya perkara itu benar sudah pasti pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah menghantar notis pemotongan.

“Janganlah sampai fitnah saya… Kalau betul tak bayar, dua bulan pun mesti notis pemotongan akan sampai.

“Apabila pihak Baitulmal datang membantu perkara itu tidak benar pun,” ujarnya.

Pada 9 Oktober lalu, pemilik unit kediaman yang disewa To’ki mendedahkan penyanyi itu enggan membayar tunggakan sewa sebanyak RM3,600.

Lebih menakutkan apabila To’ki didakwa mengeluarkan parang ketika dia datang ke rumah untuk berbincang pada 18 September lalu.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply