GERAKAN memboikot produk serta jenama yang berpotensi menyalurkan dana kepada Israel semakin mendapat sambutan ramai ekoran serangan kejam tentera Zionis ke atas penduduk Palestin.
Ketika kebanyakan rakyat Malaysia bersolidariti dan menyuarakan sokongan penuh ke atas gerakan boikot itu, seorang wanita meraih perhatian netizen kerana dia memilih untuk terus menyokong jenama-jenama berkaitan.
Menerusi hantaran di Facebook, wanita itu turut menyenaraikan tiga kedai kopi jenama popular di sekitar negeri Kelantan yang sentiasa menjadi pilihannya.
Salah satunya adalah jenama rangkaian kedai kopi popular yang sudah lama bertapak di negara ini.
Rakyat Malaysia menyelar tindakan kejam Israel ke atas Palestin. -Gambar hiasan
“Kenapa saya minum kopi di kedai ini? Bukan saya ada duit sangat. Minum kalau ada income saja. Tapi paling penting sebab saya selesa dengan suasana dan orang yang kerja kat sana.
“Tiga kedai kopi ini tempat yang memang kiranya port. Pilihan kalau nak makan kat luar. Dan tiga tempat ini, saya kenal dan baik dengan kru mereka. Rasa macam kat rumah,” ujarnya.
Menurut wanita itu, dia turut simpati apabila mendapat tahu sebilangan staf di kedai kopi itu didakwa diarahkan bercuti tanpa gaji.
Setiap orang ada cara masing-masing untuk tunjukkan solidariti… bantu Palestin dan bantu orang Islam yang dekat.
WANITA FACEBOOK
Ujarnya, para pekerja itu juga sedih dengan nasib rakyat Palestin, namun nasib mereka sendiri kini terkontang-kanting akibat boikot yang sedang dijalankan di Malaysia.
“Hari ni, saya tengok air mata adik-adik di kedai kopi itu. Mereka diarah bercuti tanpa gaji. Asasnya semua outlet la kot. Yang mana 100 peratus ialah Melayu Muslim.
“Yang seorang ialah ibu kepada lima cahaya mata. Yang bawa motosikal bekerja setiap hari, untuk tanggung keluarga dan anak-anak. Mereka juga ada kisah, ada kehidupan, mereka juga simpati pada Palestin. Tapi siapa yang simpati pada mereka?
“Yang bercakap, yang boikot, mungkin tak rasa. Boleh cakap rezeki Allah ni luas. Tapi tak rasa seperti mereka lalui. Sama seperti saudara kita di Palestin. Kita menangis sedih, bersolidariti, kita empati, tapi kita tiada di sana,” ujarnya.
Meskipun masih berbelanja di kedai kopi tersebut, wanita itu berkata dia tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan kemerdekaan mereka.
“Adakah orang Islam kita di Malaysia yang bekerja di kedai kopi, restoran makanan segera ini tidak dianggap saudara kita? Ada sesetengah tak boikot, tapi takut dikecam. Yang menjadikan keadaan semakin teruk.
Kopi merupakan minuman kegemaran ramai individu di Malaysia. -Gambar hiasan
“Saya ni tak takut di kecam. Saya sokong Palestin. Sentiasa doakan mereka. Solat sunat Subuh sekarang, wajib ada doa untuk mereka. Sebab yakin itulah senjata terbaik. Yang nak perang di media sosial, peranglah, jihadlah, tiada yang menghalang
“Apapun, Allah maha mengetahui. Ujian pada Palestin kerana mereka kuat melaluinya. Sama juga untuk pekerja-pekerja kedai kopi, restoran makanan segera. Allahuakbar, air mata ni tumpah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka, rakyat Palestin dan kita semua,” ujarnya lagi.
Dalam hantaran berasingan di Facebook pada Khamis, wanita itu berkata dia peka dengan komen kecaman netizen atas pandangan peribadinya tentang isu boikot.
Rakyat Malaysia terus bersolidariti demi kemerdekaan Palestin daripada cengkaman rejim Zionos. -Gambar hiasan
“Untuk buat posting tadi, jiwa kena kental. Sebab kena baca komen-komen. Saya tak buat kalau tak bersedia. Tak boikot tak semestinya tak sokong anti Israel dan tak solidariti untuk Palestin. Tak letak bendera Palestin, bukan bermakna tak solidariti.
“Setiap orang ada cara masing-masing untuk tunjukkan solidariti. Tak nangis (untuk Palestin), takkan setiap kali nangis nak kena selfie. Atau setiap kali solat, post done solat hajat dan doa untuk Palestin.
“Teruskan usaha kamu dan saya juga teruskan usaha. Bantu Palestin dan bantu orang Islam yang dekat. Apabila ramai yang mesej, yang komen… terima kasih untuk yang berkata baik. Tapi yang bahasa macam Yahudi mabuk tu, mohon baiki diri,” ujar wanita itu lagi.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.