Sahabat Baik Sahkan Ira Kazar Masih Bahagia, Tiada Isu Cerai, Hiburan “Dia Datang Rumah Aku Pun Dengan Syamsul”..

ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil mendedahkan situasi sebenar hubungan perkahwinan sahabat baiknya iaitu Ira Kazar dengan Syamsul Yusof yang didakwa bergolak.

Kata Nur Nilam, 45, dia terkejut apabila mengetahui gosip berkenaan kerana pasangan itu dilihat masih bahagia melalui alam rumah tangga.

Malah, dia sudah menghubungi Ira bagi mendapatkan pengesahan dan anak kepada aktor Kazar Saisi itu menyangkal dakwaan tular berkenaan.

“Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.

“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian… dia cakap tiada pun isu cerai ini.

“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.

“Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial… ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” kata Nilam kepada mStar.

Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia tidak lagi menerima ugutan yang di media sosial seperti diterima selepas membuat sesi siaran langsung bersama Ira sebelum ini.

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply