Siapa sangka di sebalik persembahannya yang kelihatan tenang di konsert ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV) rupanya ada kerisauan yang terbit di hati Ezad Lazim.
Hal itu berikutan kerana kawasan kediaman yang didudukinya mengalami banjir.
Ezad memaklumkan perkara itu ketika memberikan ucapan selepas menjadi peserta keenam tersingkir dari pentas ASGV pada Ahad.
Malah kata Ezad dia harus bergegas pulang kerana dikhuatiri rumahnya dinaiki air.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya Ezad mendedahkan dia dapat menghadiri konsert ASGV minggu ketujuh ini atas bantuan Polis.
“Kawasan nak masuk rumah saya dah memang ada penghadang dah. Jadi saya tak boleh nak masuk ke rumah saya.
“Tadi masa saya keluar pun memang saya tumpang truck Polis nak pergi buat GV. Nasib baik ada abang-abang Polis ni semua.
“Doakan samoga dipermudahkan urusan kami, memang dari dulu kawasan sini selalu banjir. Selalu air naik.
“Harap ada tindak balas dan respon daripada pihak yang berkenaan tentang kawasan kami. Memang macam inilah selalunya masalah melanda kami,” jelasnya menerusi satu video pendek.
Sumber Gempak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.