Teruk Dikutuk Hingga Libatkan Body Shaming, Management Leona Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Jika…

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas XENO Entertainment, Prashan Chitty memberitahu yang pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang sering meninggalkan komen-komen berbaur negatif terhadap pempengaruh naungan mereka, Kasih Iris Leona.

Menurut Prashan, isu berkenaan Leona menerima kecaman bukanlah satu perkara baharu. Katanya, hal ini telah terjadi sejak sekian lama. Cuma, Prashan berkata, kritikan dan kutukan yang diterima oleh Leona baru-baru ini kelihatan sedikit kasar.

“Benda ni kita dah lama berbincang dengan Leona. Ia bukanlah satu hal yang baharu. Cuma apa yang dia terima baru-baru ni agak kasar sedikit.

“Mental Leona ni dah kuat sebenarnya. Dia tak kisah pun dengan kritikan yang diterima. Malah, komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen juga dia tak baca. Sebab dia hidup dalam dunia dia sendiri.

“Jadi buat masa ini, pihak kami tidak terfikir pun untuk ambil sebarang tindakan terhadap netizen yang memberikan kutukan. Tetapi, kalau benda ini jadi lebih teruk, dan menjejaskan mental Leona serta keluarganya, kita akan start ambil tindakan yang sewajarnya,” ujar Prashan kepada Gempak.

Terdahulu, Leona sekali lagi dikritik kerana menari sambil mengenakan pakaian yang seksi. Menerusi kritikan yang diterima, ada yang mendakwa bntuk fizikal Leona kelihatan seperti seorang wanita yang sudah memiliki anak seramai lima orang.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply