Anggap layak menang ASGV, Liza Hanim puas hati ‘juara’ di hati peminat

WALAUPUN gagal bergelar juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) namun penyanyi Liza Hanim bersyukur apabila persembahannya berjaya mendapat tempat di hati peminat.

Liza atau Haliza Hanim Abd Halim, 43, berkata, segala pujian dan harapan peminat sudah cukup membuatkan dia rasa seperti seorang juara.

“Itulah yang saya nak, cukuplah! Itu dah cukup walaupun orang nak kemenangan tapi dengan kata-kata ini mereka semua memberikan saya semangat.

liza 2

Liza bersyukur ada sokongan peminat.

“Saya dapat rasa sudah buat terbaik sehingga ramai berkata dan beri harapan (bergelar juara), itu pun sudah buat saya gembira,” katanya kepada mStar.

Liza berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat persembahan ASGV yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Pada malam final, Jaclyn Victor muncul sebagai juara ASGV manakala Liza hanya mendapat tempat keempat.

Dalam pada itu, Liza berkata, sebelum ini dia pernah terfikir meninggalkan karier sebagai penyanyi kerana merasakan sudah tiba masanya dia berbuat demikian.

Malah sepanjang 12 tahun bertanding di ASGV, perasaan sama semakin menebal namun memilih terus melangkah demi mencapai matlamat ke peringkat akhir.

Lebih membuatkan dia bersemangat apabila sokongan ditunjukkan peminat membuatkan dia membulatkan hati meneruskan perjuangan sebagai penyanyi.

“Beberapa minggu lalu, ketika saya dalam kesedihan perasaan (tinggalkan dunia nyanyian) kembali datang tapi saya lawan sebab mahu sampai ke malam final.

395282856_858564072678636_786492363427575221_n

Liza akan terus menghiburkan peminat.

“Memang ada masanya dalam karier saya rasa sudah tiba masanya saya berhenti menyanyi.

“Tapi masih ada peminat mempercayai dan tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat yang membuatkan saya teruskan berkarya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liza bakal muncul dengan konsert solo pertama selepas 27 tahun bergelar penyanyi pada 4 Februari tahun depan.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply