“Saya Sudah Jadi Peminatnya”- Sudah Lama Berkenan, Arja Lee Akui ‘Jatuh Hati’ Dengan Aina Abdul!

Unik Dan Tersendiri! Demikian gambaran tepat untuk membicarakan tentang sosok bernama Aina Abdul yang kini semakin mekar namanya dalam industri muzik tanah air.

Bukan sahaja memiliki vokal hebat yang sering mencuri perhatian ramai, tetapi pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini juga kerap menjadi bualan disebabkan keberaniannya menggayakan fesyen di luar kotak lebih-lebih lagi melibatkan acara penting di pentas prestij.

Malaysian singer Aina Abdul sings with face mask to avoid criticism over appearance (VIDEO)

Sepanjang tempoh hampir sedekad bergelar anak seni, pelbagai pencapaian dan pengiktirafan yang menjadi idaman ramai berjaya diraih penyanyi Aina Abdul.

Pelakon, Arja Lee meluahkan hasrat menyanyikan lagu hasil nukilan penyanyi dan komposer terkenal Aina Abdul.

Arja Lee kini pensyarah seni - Kosmo Digital

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 40, berkata dia sudah lama menaruh impian berkenaan selepas melihat potensi penyanyi berbakat besar dan sentiasa mengikuti perkembangan karier Aina di media sosial.

“Aina seorang penyanyi yang bijak walaupun dia artis baharu. Pada tahap ini, maksudnya boleh dikatakan saya sudah jadi peminatnya.

“Saya sangat berkenan dan ‘jatuh hati’ dengan hasil lirik lagunya yang ada jiwa. Aina juga tidak hanya pentingkan pengikut atau bekerja untuk mengejar populariti sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Arja menyifatkan Aina seorang yang kental kerana memiliki cara sendiri untuk mempamerkan bakat sebenarnya menggunakan komponen dan mekanisme berbeza daripada artis lain.

Arja Lee Mahu Buka Akademi Tarian – Budiey Channel

“Saya sebenarnya nak tunjukkan bakat nyanyian dan keupayaan suara saya menerusi lagu ciptaannya. Saya tak kisah berapa pun jumlah yang akan dikenakan.

“Saya tak pernah jumpa dia sebelum ini dan tak kenal orang yang rapat dengannya, sebab itu saya tak tahu cara nak mendekatinya,” katanya.

Dalam masa sama, Arja memberitahu dia gemar genre muzik balada dan sangat meminati naskhah Jangan Mati Rasa Itu oleh Aina.

Sumber Murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply