PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan.
Kata Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, apa yang membuatkan dia lebih kecewa apabila kata-kata kurang enak itu diucapkan oleh seorang pendidik.
Tegur Rita, sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya mereka mempunyai pemikiran negatif sedemikian kerana semua hak yang dinikmati oleh rakyat ini adalah rezeki daripada Allah SWT.
Rita minta pendidik buang mentaliti negatif.
“Macam inilah nasib daripada sekolah persendirian kalau pergi sekolah biasa ini. Kena fitnah ambil kuota B40 pula.
“Yang fitnah itu pula guru yang merupakan pendidik, tak layak digelar pendidik! Jijik benar perangai.
“Macam mana nak cakap ya, mentaliti jijik golongan ini asal T20 masuk situ dituduh ambil hak B40. Dituduh cable (guna orang dalam).
“Kenapa? Anak T20 ini semua bodoh ke? Ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot lagi jijik itu,” luahnya menerusi di Instastory.
Dalam pada itu, Rita memberitahu dia tidak pernah membezakan tempat mencari ilmu kerana merasakan semua manusia adalah sama.
“Saya tak memilih tempat cari ilmu, saya tak kisah campur golongan B40. Semua kita manusia sama!
“Bagi saya biar miskin harta tapi jangan miskin adab. Jangan tunjuk sangat perangai sebenar,” ujarnya.
Rita anggap belajar dimana-mana sama sahaja.
Perkongsian Rita itu menerima sokongan daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diluahkan olehnya itu.
Rata-rata mereka beranggapan setiap orang berhak untuk menuntut ilmu di sekolah biasa kerana kerajaan sendiri telah menyediakan kuota mencukupi untuk pendidikan semua rakyat.
“Mana ada curi tempat B40, dah memang ada kuota kan.. tak baik dia orang tuduh macam itu.
“Memang tak dinafikan banyak cikgu-cikgu duduk semeja gosip fasal ibu bapa pelajar.
“Kadang yang B40 pun dia orang tuduh guna kabel juga,” antara komen netizen.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.