Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengakui dirinya tidak tahu menyiang ikan sebelum mendirikan rumah tangga.
Jelas Watie, pertama kali bertemu dengan bakal mentuanya, Salamiah Jalani, momen menyiang ikan antara detik yang tidak dapat dilupakan.
“Masa mula-mula jumpa ibu mentua, dia tengah siang ikan sepat, ikan itu boleh melompat. Saya siap termencarut lagi.
“Sudahnya saya terus terang je, segala jenis ikan saya tidak kenal sangat. Jadi siang ikan itu memang tak pernah lah. Sebab selalu makan ayam dengan daging sahaja,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories
Kata Watie, ibu mentuanya tidak memarahi dirinya, sebaliknya memuji sikapnya yang bercakap jujur.
“Terus ibu mentua cakap, ‘tidak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat pandai’.
“Alhamdulillah selamat dah terima saya sebagai menantu,” ujarnya.
Bagaimanapun, Watie bersyukur selepas enam bulan berkahwin, dia kini semakin mahir tentang hal-hal berkaitan rumah tangga termasuk kerja-kerja menyiang ikan.
“Tapi selepas kahwin, eh semua benda yang tak boleh jadi boleh. Semua benda yang tak pandai jadi pandai,” tambahnya lagi.
Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights.
Sumber Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.