Ramai Pelik Kenapa Pelakon Lufya Lambat Buat Laporan Polis Setelah Diserang, Jawapan Lufya Sendiri Memang Mengejutkan

Pelakon dan penyanyi Lufya Omar mendedahkan sebab mengapa dia agak lewat membuat laporan polis terhadap insiden dipukul seorang lelaki dan juga cubaan untuk menculik anak perempuannya Ahad lalu.

Lufya menerusi perkongsian di Instagram Story memaklumkan, menurut pemahamannya, jika seseorang yang cedera diserang mendapatkan rawatan di hospital, laporan tersebut sepatutnya secara automatik akan dihantar ke pihak polis.

“Laporan telah dibuat. Memang agak lambat sedikit. Sebab setahu saya, kalau kita kena serang dan doktor pun ada check dan rekod kecederaan yang dialami, mereka akan terus laporkan ke pihak polis. Dan pihak polis sendiri akan datang hospital.

“Namun Perkara itu tak berlaku. Mungkinkah sebab saya pergi hospital swasta? Saya pun kurang pasti tentang hal ini, Kalau ada hentakan yang kuat di kepada (pukul pakai kayu), of course saya akan pentingkan rawatan terlebih dahulu,” katanya.

Tambah Lufya, dirinya berada dalam keadaan yang agak stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan sama ada keretakan mahupun saluran darah tersumbat.

“Kalau ada retakan atau blood clot sangatlah bahaya sebenarnya. Alhamdulillah, lepas buat brain scan takda apa. Semua tu ambil masa juga nak tunggu insurans lagi, nak tunggu doktor, giliran memanglah ambil masa.

“Orang boleh bercakap bukan-bukan. Tak semua orang akan faham, yang pernah mengalami mereka boleh fikir,” katanya.

Dalam perkongsian seterusnya pula, Lufya turut berkongsi artikel menunjukkan kenyataan bekas suaminya yang menafikan dakwaan sebagai dalang atau punca kepada insiden berkenaan.

Lufya menulis: “Lagi satu, biarlah pihak polis sahaja yang buat siasatan. Janganlah memfitnah melulu. Kami ok insya-Allah.

“Tiada jodoh antara kita tak semestinya akan ada dendam antara kita,” kata Lufya lagi.

Baru-baru ini, Lufya berkongsi foto-foto keadaanya yang calar-balar dipercayai daripada kesan bergelut dengan seorang lelaki tidak dikenali pada Ahad lalu.

Lelaki berbadan besar itu memukul di bahagian kepala dan badan Lufya dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura, 5, di sebuah taman permainan di Kota Damansara.

Lufya sifatkan insiden diserang ada hikmah tersendiri, hubungan bekas suami dan anak kembali bertaut

MESKIPUN insiden diserang oleh seorang lelaki ti.dak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu meninggal.kan kesan trauma Lufya Omar namun pelakon itu tetap merasai hikmahnya.

Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebab.kan kejadian itu hubungan dengan bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kem.bali jernih sejak bercerai dua tahun lalu.

Paling pen.ting katanya, hubungan Dr Che Hafiz dengan anak mereka juga semakin rapat memandangkan jarang ber.temu sebelum ini.

“Bagi saya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hubu.ngan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat. Sebelum ini, dia jarang data.ng berjumpa anak.

Lufya

Antara keceder.aan yang dialami Lufya.

“Semalam dia ada juga d.atang meluangkan masa bersama Haura. Bila tengok anak merengek-rengek tidak mahu bagi bapanya balik, dia pun faham yang anak perlukan dia.

“Masa anak cakap ‘daddy tak ingat Haura, daddy tak sayang Haura, daddy sayang Haura masih kecil saja’, terus dia menangis,” katanya ke.pada mStar.

Dalam insiden mencemaskan itu, Lufya telah dipu.kul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

Susulan itu, Lufya sudah pun mem.buat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Hubungan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat.

Berkongsi tentang kead.aannya, Lufya berkata, meskipun masih berasa trauma dia tetap menguatkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian ter.masuk kembali bekerja untuk melupakan insiden itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka ter.kena serangan panik dan hampir pitam ketika menghadiri acara pembukaan kedai bara.ngan bayi di Johor Bahru, baru-baru ini dan merasakan perlu lebih waktu untuk pulih daripada kejadian itu.

“Masa dalam tempoh nak pulih, saya ada meng.hadiri sebuah acara pembukaan Chicco di Johor Bahru dan waktu itu saya mengalami serangan panik secara tiba-tiba.

“Saya rasa nak muntah, badan berpeluh-peluh dan rasa nak pitam. Tapi saya terpaksa tahan sebab melibatkan kerja kerana tidak mahu timbul.kan masalah lain. Sebab itu, saya gagahkan diri.

Lufya

Hubungan Dr Hafiz dan anak semakin rapat.

“Ingatkan tiada seba.rang masalah, tapi rupa-rupanya diri saya belum pulih sepenuhnya daripada kejadian itu.

“Mungkin akan ambil masa untuk saya pulih dari segi mental. Saya baru sedar, saya macam ada rasa trauma dan panik apa.bila jumpa orang ramai,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply