Anak pemandu Perodua Kembara yang didakwa menghalang laluan ambulans sehingga mengakibatkan seorang pesakit meninggal dunia akibat insiden tersebut tampil mohon maaf kepada isteri mendiang.
Anak pemandu mohon maaf kepada isteri pesakit
Isteri kepada pesakit berkenaan Annie Andrew meluahkan rasa kesal terhadap insiden menimpa suaminya, Morgan Alban setelah mengetahui pemandu berkenaan menghidap masalah pendengaran kronik.
Masalah itu dimaklumkan oleh anak pemandu berkenaan yang menyatakan bapanya mengalami pendengaran kronik dan disahkan oleh pakar perubatan pada 2017.
“Untuk makluman, bapa saya bukanlah sengaja menghalang laluan ambulans, tetapi beliau mempunyai masalah pendengaran kronik.
“Beliau (pemandu) tidak mendengar bunyi siren ambulans, dan tetap memberi laluan setelah sedar…”jelas anak pemandu berkenaan.
Di kesempatan itu, anak pemandu berkenaan turut memohon maaf kepada isteri mendiang selain mengucapkan takziah atas pemergiaan suami tercinta disebabkan insiden berkenaan.
“Saya anak kepada pemandu Perodua Kembara yang viral semalam. Saya mewakili kami sekeluarga dengan rendah hati memohon kemaafan kepada pihak puan dan keluarga. Salam takziah juga atas kehilangan orang tercinta,” katanya.
Malah, anak kepada pemandu berkenaan juga turut menyertakan laporan perubatan mengenai masalah pendengaran yang dialami oleh bapanya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan sebuah kereta menghalang laluan ambulans untuk membawa pesakit ke Hospital Sri Aman, Sarawak.
Minta anak pastikan bapa pakai alat bantuan pendengaran sebelum memandu
Annie Andrew berkata, meskipun keluarga pemandu berkenaan telah meminta maaf namun dia berharap agar insiden berkenaan tidak lagi berlaku.
Dia juga berharap agar anak pemandu berkenaan perlu memastikan bapanya untuk memakai alat pendengaran terlebih dahulu sebelum memandu kenderaan.
“Keadaan ini amat membahayakan, bukan hanya kepada perkara ini (halang laluan ambulans sehingga akibatkan pesakit meninggal dunia). Banyak lagi perkara lain boleh terjadi.
“Janganlah perkara yang sama akan berulang kali kedua dan berlaku pada orang lain,”nasihat isteri mendiang Morgan Alban.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Maggie berkata, pemandu Perodua Kembara sudah dikenakan tindakan selepas halang sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Jalan Kampung Entulang Bungkang, di sini, kelmarin.
Pemandu berkenaan dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.
Sumber: FB Annie Andrew
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.