“Meremang Oi..”- Ramai Risau, Aksi Spontan Shukri Yahaya Duduk Atas Riba Arash Bikin Peminat Naik Bulu Roma!

Watak hero umpama ‘makanan ruji’ buat aktor kacak, Shukri Yahaya yang dikatakan memiliki aura lakonan mantap dalam drama tangkap leleh mahupun sebagai watak suami pujaan ramai.

Terdahulu pelakon ini yang mencetuskan fenomena menerusi drama 7 Hari Mencintaiku dan Andainya Takdir itu memaklumkan dia tidak pernah menganggap bintang utama sahaja berperanan menggerakkan keseluruhan karya yang dipertontonkan.

Bagi Shukri, setiap pelakon tidak mengira watak utama mahupun pembantu mempunyai peranan sama penting dalam menghidupkan karakter yang dijayakan.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok dengan secara tidak sengaja memperlihatkan aksi spontan Shukri Yahaya ditarik untuk duduk di atas riba Arash ketika sedang berlatih dialog bersama-sama.

Apa yang lebih lucu, keadaan itu dilihat hanyalah sekadar berseloroh di mana Arash kemudian memeluk Shukri sambil melontarkan dialog.

Difahamkan mereka sedang menjayakan watak masing-masing di dalam drama terbaru iaitu Layang-Layang Perkahwinan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah dua aktor hebat ini selain memuji lakonan Arash.

“Arash Mohamad tu legend dah tau. Aku pula yang tergelak” – luah netizen

“Aib ni, Shukri tu dah risau. Boleh tahan juga gurauan legend ni” – luah netizen

Bagaimanapun, ada juga yang meluahkan perasaan kurang senang melihat aksi itu sehingga dikatakan berdiri bulu roma.

” Meremang oii”

“Tak masalahnya Shukri ni memang ada potensi” – kata netizen

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply