PELAKON Fathia Latiff sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila kali ini memuat naik foto bersama seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.
Lebih panas apabila lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dilihat dengan jelas mencium pipi aktres berkenaan.
Tidak mengulas lanjut tentang foto yang dikongsi, Fathia hanya menulis kapsyen pendek dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘Hati’.
Sebelum ini Fathia memuat naik foto dipeluk seorang jejaka.
Dalam pada itu, foto yang dimuat naik di Instagram miliknya turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan pelakon drama Ariana Rose ini.
“Mesti keluarga dia pun sedih lihat Fathia berubah 200 peratus. Doa saja yang baik-baik.
“Sedih tengok Fathia macam ini. Kami mahukan Fathia yang dulu bukan sekarang. Be strong sis.
“Makin kesian tengok Fathia ni, semoga dipermudahkan urusan,” tulis netizen.
Sebelum ini, Fathia berkongsi foto bersama seorang jejaka dengan kapsyen ‘just married’ atau sudah berkahwin di Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya netizen.
Ada yang teruja dengan perkhabaran itu namun ada pula merasakan gambar memperlihatkan Fathia dipeluk lelaki berkenaan daripada arah belakang hanya sekadar gimik demi meraih perhatian.
Ramai berpendapat individu dalam foto itu adalah lelaki rambang yang ditemui pelakon tersebut ketika bercuti di Jepun kerana wajah jejaka itu tidak mencerminkan bayangan diberikan tentang kekasihnya.
Peminat bimbang melihat keadaan Fathia.
Sejak minggu lalu nama Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.
Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut ‘berperang’ dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.
Terbaharu, Fathia turut mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.