Terharu dengan kehadiran ahli keluarga, aktres jelita Puteri Sarah Liyana sebak apabila bekas bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam sanggup hadir ke acara sukan anak lelakinya yang diadakan pada hari Sabtu.
Bapa turut hadir
Bukan itu sahaja, berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Instagram, bapa kepada pelakon ini turut hadir bagi menyokong cucunya, Syaikhul Islam, 7 tahun itu. Kata Sarah, kehadiran dua lelaki penting dalam hidupnya itu bukti anak-anaknya tetap disayangi meskipun dirinya sudah tidak lagi bersama Syamsul Yusof.
Tak tahu kenapa gambar ni buat saya rasa sedih. Terima kasih baba dan papa teman ke perlawanan bola sepak Syaikhul hari ini. Syaikhul Islam, awak ada dua figura hebat yang akan menjaga dan sayang awak no matter what. Jangan lupa nanti balas jasa atuk-atuk awak.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata namun telah rasmi bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Syamsul juga telah mendirikan rumah tangga kali kedua pada Januari 2023.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.