Hamil pada 40-an sememangnya satu cabaran besar kepada para ibu di mana ia membawa risiko dan cabaran tersendiri yang perlu difahami.
Salah satu risiko utama adalah ketidaksempurnaan kesuburan. Bilangan telur dan ovum semakin berkurangan pada usia ini.
Selain daripada kesuburan yang rendah, wanita yang hamil pada usia 40-an juga berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan semasa kehamilan. Ini termasuklah pre-eklampsia, anemia, diabetes, dan tekanan darah tinggi.
Menurut sumber, risiko keguguran adalah lebih tinggi pada wanita berusia 40 tahun ke atas. Dalam beberapa kes, hampir 40-50% keguguran berlaku pada usia ini akibat masalah kromosom yang tidak normal.
Bagaimanapun, walaupun ia satu cabaran besar, namun, jika kesemua langkah penjagaan diambil kira dan diikuti secara betul, ia selamat untuk kedua-dua ibu dan bayi.
Berbincang soal ini, selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari tidak mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana selepas berkahwin buat kali kedua pada 2 Disember tahun lalu.
Ujar Bunga atau mesra disapa BCL itu, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk hamil lagi memandangkan usianya kini sudah pun mencecah 41 tahun dan merasa tidak sesuai untuk menimang cahaya mata.
“Saya sudah tua dan rasanya tidak mahu anak lagi. Usia saya pun sudah mencecah 41 tahun. Wanita yang berusia 35 hingga 40 tahun memang terdedah dengan risiko (bahaya) jika hamil,” ujarnya.
Kata penyanyi dan juga pelakon itu lagi, selepas kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, sekitar empat tahun lalu, dia pernah terfikir untuk terus hidup tanpa kehadiran suami kerana berasakan tiada lelaki yang boleh memahami dirinya.
Bagaimanapun, takdir berkata lain apabila kehadiran Tiko, 44, telah membuka hatinya untuk kembali menerima kehadiran seorang lelaki sebagai teman hidup.
Saya dan juga Ashraf sangat serasi. Jadi saya pernah terfikir untuk meneruskan hidup tanpa seorang suami. Selama lapan bulan, saya menangis setiap hari selepas kehilangannya.
“Kemudian saya cuba untuk menjalani kehidupan baharu sehinggalah dipertemukan dengan Tiko. Walaupun ada perbezaannya kerana Tiko bukanlah Ashraf,” kata Bunga.
Terdahulu, pelantun Cinta Sejati itu pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti asal Malaysia, Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.
Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.
Sumber Murai!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.