Lima remaja mengaku tak salah mencela Zara Qairina

KOTA KINABALU – Lima remaja didakwa membabitkan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad ketika ditemui di luar mahkamah berkata pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Tunggu kenyataan AGC mengenai lima remaja didakwa kes buli arwah Zara

“Tiada pengakuan salah dan 25 September ini tarikh sebutan semula.

“Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya.

Terdahulu, kelima-lima tetertudu berdasarkan pertuduhan mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina pada 15 Julai 2025, pukul 10 hingga 11 malam.

Kes Zara Qairina: 'Plot twist' naratif jahat, peguam minta AG dakwa  individu terbabit buli

Bagaimanapun, hanya perkara itu yang boleh didedahkan manakala perkara lain berkaitan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan dikeluarkan mahkamah.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan untuk menuduh lima suspek yang dipercayai terlibat dalam kes buli.

KES ZARA QAIRINA: LIMA REMAJA BERDEPAN TUDUHAN BULI – ALHIJRAH ONLINE

AGC menegaskan keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli itu dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan bulan depan.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply