
SEBUT sahaja filem Senario Lagi, penonton pastinya tersenyum sinis mengimbau kembali babak mencuit hati dilakonkan pelawak veteran tanah air negara sekitar awal 2000.
Lebih menarik apabila gelak tawa itu turut diselangi dengan babak tarian romantis ala Bollywood yang pernah mencetuskan fenomena negara satu ketika dahulu.
Mengimbau kembali filem arahan Aziz M Osman itu, penonton pastinya terkenang watak Kamala lakonan Bobby Kiran yang ketika itu sangat diminati ramai jejaka dek kerana rupa parasnya yang manis dan merdu dalam nyanyian.
Ramai penonton pada waktu itu menyangka pelakon tersebut berbangsa India kerana penampilannya yang begitu meyakinkan. Namun, rupa-rupanya nama sebenar beliau ialah Siti Nora binti Sukiran, atau lebih dikenali sebagai Bobby Kiran.
Menurut maklumat di Wikipedia, Siti Nora sebenarnya merupakan anak kacukan Arab, India, Cina dan Brunei, dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Fakta ini mengejutkan ramai peminat kerana tanggapan awal mereka langsung berbeza.
Lebih menarik, ibu beliau memberi nama timangan “Bobby” sempena filem Hindi popular keluarga mereka, Bobby. Sejak itu, nama Bobby Kiran terus melekat dan dikenali ramai.
Bagi yang tertanya-tanya, Bobby Kiran masih lagi aktif dalam dunia seni serta sering muncul di media sosial.
Satu trivia tambahan yang mungkin ramai tak tahu — dalam babak nyanyian lagu Nyanyian Hujan bersama Yassin dalam Senario Lagi, sebenarnya Bobby hanya miming sahaja. Suara asal lagu itu adalah milik penyanyi popular, Elly Mazlein.
Menyampaikan lagu duet Nyanyian Hujan bersama Yassin dalam babak romantis Senario Lagi, anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu kini kembali bergiat aktif dalam lakonan selepas beberapa tahun menyepi.
Biarpun sekadar miming dalam filem terbabit kerana suara asal penyanyi lagu terbabit sebenarnya milik Elly Mazlein, peminat fanatik Senario masih belum melupakan Kamala terutamanya lirik ‘kita kan dalam hujan adik jadi bimbang’ sehingga sekarang.
Bobby melakonkan watak sebagai Kamala dalam filem Senario Lagi.
Terbaharu, Bobby sedang sibuk menjalani sesi penggambaran dalam sebuah telefilem bertajuk Rentak Seri arahan Firdaus Jenar terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Memegang antara watak utama dalam siri berkenaan, pelakon cantik manis itu bakal tampil dengan aksi lakonan yang lebih mencabar apabila perlu melakonkan watak Aishah yang merupakan seorang pesilat dalam drama tersebut.
“Watak Aishah setakat ini yang paling mencabar bagi saya, terima kasih tuan pengarah Firdaus Jenar kerana memilih saya.
“Salah satu watak yang paling saya tertunggu-tunggu selama ini,” ujarnya di Facebook.
Turut pernah membintangi drama bersiri Singapura The Bridge, (2018), peminat pastinya tidak sabar menanti perkembangan karier pelakon tersebut selain daripada watak ‘Kamala’ yang pernah dilakonkan dahulu.
Sumber MAJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.