“Tolong Doakan Saya..”- Kecoh Viral Anak Bekas PM Ambil Bahan Terlarang!! Penyanyi Dafi Tampil Beri Pnjelasan Sbnar & Ini Keadaan Yg Berlaku Gara2 Tubuh Badannya Semakin Cengkung

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Dafi enggan memberi penjelasan berhubung dakwaan dia menghidap kanser darah.

Sebaliknya, Dafi atau nama sebenar, Gadaffi Ismail Sabri, 37, berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatannya dan tidak perlu risau mengenai keadaan tubuh yang semakin berisi.

“Sebelum ini, kecoh saya ambil bahan terlarang sebab terlalu kurus. Sekarang berat sudah naik sedikit apa lagi orang hendak cakap.

“Kalau ada yang fikir saya sakit, doa-doakan kesihatan saya. Buat masa sekarang, saya tiada apa hendak beritahu.

Dafi tak pernah sentuh barang terlarang, badan cengkung sebab jaga  kesihatan - Video | mStar

“Sekarang semakin sihat dan semakin bulat. Tiada apa yang merisaukan. Setakat ini, Alhamdulillah tetapi teruskan doa saya sihat,” katanya ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Martabat Misi Berdarah di sini, baru-baru ini.

Mengulas dakwaan dilihat kerap ke hospital, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu memberitahu, tujuannya ke sana adalah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan atau menziarah ahli keluarga yang sedang sakit.

Bagaimanapun, Dafi menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa syukur apabila ramai yang begitu prihatin dengan kesihatannya.

“Pergi ke hospital itu normal, kadang-kadang ada saudara-mara masuk atau atau kawan-kawan yang buat pemeriksaan kesihatan.

Ismail Sabri Beri Bayangan Anak Lelakinya, Dafi Bakal Tamatkan Zaman  Bujang? - Murai MY

“Saya sendiri tidak sihat, iaitu hidap asma. Jadi, untuk ke hospital bukan satu perkata pelik. Secara umum, saya pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan… Itu pun setahun sekali.

“Saya bersyukur dan berterima kasih ramai yang risau dan bimbang dengan saya. Doakan kesihatan saya terus baik,” kata bekas peserta musim kelima Akademi Fantasia (AF) ini.

Dalam pada itu, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini gembira apabila berat badannya bertambah, lantas, orang ramai tidak perlu risau terhadap keadaan kesihatan dirinya.

“Senang naikkan berat badan, hanya makan sahaja. Hendak turun (berat) yang susah. Saya bersyukur apabila jumpa orang kata semakin sihat.

Sambut 'birthday' Dafi ke-32, Ismail Sabri 'join' nyanyi lagu hari jadi

“Tidak pasti sama ada gembira atau tidak sebab selalunya berat badan naik orang kaitkan dengan benda negatif. Namun, situasi saya berbeza pula.

“Sekarang saya selesa dengan berat badan saya. Sbenarnya, saya tidak suka orang risaukan saya. Kegembiraan saya datang apabila tidak merisaukan orang lain,” jelasnya.

Sebelum ini, perubahan fizikal Dafi yang kelihatan cengkung menimbulkan persoalan hingga ada yang menuduhnya mengambil barang terlarang.

Menafiikan dakwaan itu, Dafi dilapor menjelaskan dia mengamalkan diet seimbang selain kerap bersenam.

Sumber HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply