Melihat artikel Kosmo!, ciapan lama penyanyi Amira Othman yang dibuat pada 2017 kini kembali menjadi perhatian selepas dia sah bergelar isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin pada 14 September lalu.
Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, ketika itu mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Fazura yang baru mendirikan rumah tangga dengan menulis, “Tahniah Fattah & Fazura, jodoh itu rahsia Allah.”
Lebih menarik, netizen turut menemui ciapan lain Amira pada awal tahun sama yang menyebut tentang Fattah bersama selebriti Neelofa. Penemuan itu mengundang keterujaan ramai kerana selepas lapan tahun, aktor berkenaan akhirnya menjadi pasangan hidup Amira sendiri.
Rata-rata warganet menganggap ia bukti kuasa Allah mengenai rahsia jodoh, malah kagum bagaimana seorang peminat akhirnya ditakdirkan menjadi isteri.
Untuk rekod, perkahwinan Fattah dan Amira berlangsung di Sepang bersempena ulang tahun kelahiran Fattah ke-35. Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.