Kamal Adli tak muncul di mahkamah! Uqasha akhirnya buka mulut dedah sikap sebenar suami — rupanya ini punca dia nekad minta cerai!

SUDAH hilang sabar dengan pergolakan rumah tangga menjadi punca pelakon Uqasha Senrose nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon Kamal Adli pada 1 Oktober lalu.

Peguam yang mewakili Uqasha iaitu Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya sudah tiada persefahaman dan tidak mampu untuk mempertahankan rumah tangganya.

“Perkara itu saya tidak boleh komen kerana akan dibicarakan menerusi prosiding di hadapan hakim.

“Apa yang boleh kami katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman. Itu sahaja.

Uqasha (kanan) mendedahkan tiada lagi persefahaman dengan suami.

“Tapi kalau kata selepas ni ada jodoh, Alhamdulillah. Ini sahaja jawapan Uqasha,” katanya kepada mStar.

Perkara itu dikongsikan Farhana ketika ditemui selepas tamat prosiding pertama di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Tidak hanya itu, Farhana difahamkan Kamal tidak menunjukkan usaha memujuk sepanjang pergolakan rumah tangga berlaku.

“Apa yang dimaklumkan Uqasha, tiada pujukan. Saya tak pasti kalau sebaliknya,” jelasnya.

Sementara itu, Uqasha atau atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, ketika ditemui media menggelengkan kepala seakan-akan bersetuju dengan perkara tersebut.

Dalam masa sama, Uqasha meminta agar suaminya hadir memberi kerjasama sepanjang prosiding perceraian mereka.

Malah dia berharap Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menghormati pihak mahkamah dan semua yang terlibat bagi memudahkan proses perundangan.

“Saya cuma harap dia (Kamal) beri kerjasama.

“Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya,” katanya.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini bagi prosiding kedua perceraian pasangan itu.

Sebelum ini Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

Uqasha mohon Kamal (kiri) beri kerjasama dalam urusan penceraian mereka.

Terdahulu rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Malah netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply