Penyanyi terkenal, Ziana Zain menegaskan dia tidak lagi mengambil tahu mengenai kehidupan bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Jasmin, termasuk khabar angin berkaitan perkahwinan baharu lelaki itu.
Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, perkara tersebut bukan lagi sesuatu yang ingin difikirkannya kerana masing-masing sudah lama membawa haluan sendiri selepas bercerai.
Katanya, dia juga tidak mempunyai sebab untuk mengulas mengenai kehidupan bekas suaminya dan kini lebih selesa memberi tumpuan kepada diri serta keluarganya.

“Saya tidak mahu tahu apa-apa pun mengenai perkara tersebut. Dia tidak ada dalam hidup saya lagi dan semua orang sudah meneruskan kehidupan masing-masing.”
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Muzik Lab: Hab Kreatif AJL40 yang berlangsung di McDonald’s Pandu Lalu Pantai Sentral, Pantai Dalam, baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Tiada Kepastian itu mengakui kehidupannya kini berada dalam fasa yang membahagiakan apabila dikelilingi anak-anak serta dikurniakan rezeki kerjaya yang semakin baik.
Mengulas sama ada sudah bersedia membuka hati kepada insan baharu, Ziana berkata perkara itu bukan keutamaannya ketika ini kerana lebih mengutamakan keluarga.
“Alhamdulillah, sekarang Allah memberikan rezeki dan kerjaya yang sangat baik kepada saya. Bagi saya, kebahagiaan itu yang paling utama dan itu sudah mencukupi.”

Terdahulu, Armin Zaharin dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Zety dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup.
Untuk rekod, Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 sebelum sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018 selepas lebih 20 tahun berkahwin.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.