Budak perempuan hilang ditemukan mati dibunuh, mayat ditemui dalam keadaan..

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di kawasan semak atas bukit Kampung Numbak di sini pada Rabu.

Mayat Nurjilya Abdullah, 11, yang ditemukan dalam keadaan telah mereput disahkan oleh ibunya sendiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan cerun semak belukar atas bukit pada jam 10.38 malam.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat teesebut berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan cerun semak belukar atas bukit pada jam 10.38 malam.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi oleh pasukan forensik mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan telah mereput.

“Pengecaman identiti kemudiannya dibuat oleh ibu mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa ketika dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik mendapati punca kematian dipercayai daripada kecederaan pada bahagian muka dan belakang kepala yang disyaki akibat hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.

Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di kawasan semak.

“Bertindak atas maklumat dan siasatan yang dijalankan, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes ini.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan diteruskan,” katanya.

Syed Lot berkata lagi, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya sedang melengkapkan siasatan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta bukti berkaitan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Mayat Nurjilya Abdullah, 11, yang ditemukan dalam keadaan telah mereput disahkan oleh ibunya sendiri.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP La Paula Abd Muis di talian 013-5149490 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Katanya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply