Mayat lelaki dalam perut ular gergasi

Seorang lelaki di Kepulauan Sula, wilayah Maluku Utara ditemukan mati di dalam perut seekor ular sawa, dipercayai ditelan reptilia sepanjang 7 meter itu semasa merentas hutan, lapor laman berita Detik.

Mangsa bernama Hasim Lumbessy dilaporkan pergi ke Desa Waisakai dari Desa Kobo sebelum tiga individu menemukan barang peribadinya bertaburan di atas jalan sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan), baru-baru ini.

Ketua Polis Kepulauan Sula, AKBP Handres berkata, penemuan itu mendorong penduduk tempatan melakukan pencarian.

“Semasa mencari mangsa, warga setempat menemukan jejak ditinggalkan ular dan mengikuti laluannya sehingga membawa kepada penemuan tersebut.

“Penduduk kemudian menangkap dan membunuh ular sebelum membelah perutnya. Mereka terkejut apabila menemukan mayat Hasim,” kata Handres.

Menurutnya, mangsa diserang ular sawa sebelum dia ditelan sehingga meninggal dunia. – AGENSI

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply