Peguam bela bawa patung, bantu pakar patologi tunjuk kecederaan Zara Qairina

PEGUAM bela salah seorang dari lima remaja yang dituduh atas kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencuri perhatian di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis apabila membawa sebuah patung

Patung berkenaan dibawa bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pada prosiding hari kedua inkues kematiannya.

Dr Jessie dijangka menyambung keterangannya dengan menjawab pertanyaan Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC), selain soalan pihak berkepentingan termasuk ibu dan bapa arwah melalui peguam masing-masing.

Pasukan peguam yang diketuai Datuk Ram Singh membawa patung bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam prosiding hari kedua inkues kematiannya di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. - Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

Peguam mewakili lima tertuduh remaja yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak, juga dijangka mengemukakan soalan.

Semalam, Dr Jessie memberitahu mahkamah, hasil pemeriksaan mendapati kecederaan dialami arwah adalah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau juga menegaskan, tidak mungkin arwah jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu.

Pasukan peguam yang diketuai Datuk Ram Singh membawa patung bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam prosiding hari kedua inkues kematiannya di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. - Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

Pasukan peguam yang diketuai Datuk Ram Singh membawa patung bagi membantu Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menunjukkan kedudukan serta kecederaan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam prosiding hari kedua inkues kematiannya di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. – Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply