
Sejak pagi tadi, perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu mula dipenuhi orang ramai dan pengamal media yang menantikan perkembangan prosiding berkaitan pemergian Zara Qairina Mahathir, 13. Seperti dilaporkan sebelum ini, 5 orang remaja telah diklasifikasikan sebagai suspek di mana wajah serta identiti mereka bakal dilindungi daripada pengetahuan awam memandangkan kesemuanya merupakan golongan bawah umur.
Datuk Ram Singh mewakili tertuduh yang pertama
Sebentar tadi, kelibat peguam ternama, Datuk Ram Singh yang dipercayai mewakili 1 daripada 5 tertuduh juga menjadi perhatian ramai. Semakan lanjut mendapati, beliau sudah berkecimpung dalam bidang perundangan dengan cukup lama dan dikatakan pernah mengendalikan kes-kes berprofil tinggi di Malaysia.
Wajar beri ruang kepada siasatan lanjut, agar pertuduhan yang dikenakan setimpal & adil
Berbalik kepada situasi di Mahkamah Kota Kinabalu, ibu Zara iaitu Noraidah Lamat turut hadir bersama peguam yang mewakilinya iaitu Hamid Ismail. Sejak semalam, pihak guaman Hamid Ismail berkata bakal membuat permohonan agar proses pendakwaan tertuduh ditangguhkan untuk sementara waktu. Mereka berpendapat pertuduhan itu bersifat terlampau ‘ringan’ seolah-olah tidak selari dengan kejadian menimpa Zara.
Polis pernah nafikan penglibatan anak orang ternama dalam kes ini
Terdahulu, pihak PDRM pernah menegaskan tiada sebarang penglibatan orang kenamaan (VVIP) dalam kejadian ini. Pihak Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) turut memberi jaminan bahawa segala proses siasatan akan dijalankan dengan ketat di samping mengigatkan orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya menyebarkan spekulasi palsu.
KREDIT : Portal Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.