Sudah 29 Tahun Kahwin & Miliki 3 Anak Bijak, Inilah Isteri Pelakon Tersohor Azhar Sulaiman Yg Ramai Tak Tahu!

Azhar Sulaiman: 27 Tahun Bahagia Bersama Isteri Tercinta, Chempaka Emalin Pahamin

Nama Azhar Sulaiman bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Aktor kacak ini mula mencipta nama sekitar tahun 1989 dan pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Abang 92, yang menjadikannya antara pelakon lelaki pujaan ramai ketika itu.

Bukan sekadar berbakat di layar perak, Azhar juga memiliki kelulusan akademik dalam bidang seni bina dan kini bergelar seorang arkitek profesional.

Menariknya, selain kerjaya seni yang gemilang, perjalanan hidup Azhar turut dihiasi kebahagiaan rumah tangga. Pada usia 51 tahun, beliau sudah 27 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Chempaka Emalin Pahamin.

Lebih mesra disapa sebagai Maling, Chempaka Emalin bukan sahaja seorang wanita bijak dan merendah diri, malah sentiasa berada di sisi Azhar dalam setiap cabaran dan kejayaan. Keakraban serta sokongan yang tidak berbelah bahagi menjadikan pasangan ini antara contoh rumah tangga selebriti yang kekal harmoni hingga kini.

Azhar sendiri pernah mengakui bahawa kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi adalah berkat doa, kesetiaan serta pengorbanan seorang isteri yang sentiasa menjaga nama baik suami di mata masyarakat.

27 Tahun Kahwin & Ada 3 Anak Bijak, CHEMPAKA EMALIN PAHAMIN Wanita Hebat Azhar Sulaiman! - Nona

27 Tahun Kahwin & Ada 3 Anak Bijak, CHEMPAKA EMALIN PAHAMIN Wanita Hebat Azhar Sulaiman! - Nona

Di sebalik kejayaan dan populariti aktor kacak Azhar Sulaiman, ada seorang wanita hebat yang sentiasa menjadi tulang belakangnya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 25 November lalu, Chempaka merupakan anak sulung kepada pasangan ternama, Datuk Pahamin A Rajab dan Datin Zainab Mohamad. Bapanya bukan calang-calang figura – beliau adalah pengasas bersama AirAsia Berhad dan pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam kementerian serta agensi kerajaan. Antara jawatan penting yang pernah disandang termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

Namun, meskipun datang daripada keluarga berpengaruh, Chempaka memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana. Beliau tidak gemar menonjolkan gaya hidup glamor walaupun bergelar isteri kepada selebriti terkenal.

Selain itu, Chempaka aktif dalam kerja-kerja komuniti dan kepimpinan. Beliau merupakan ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan kini dilantik sebagai ahli Asia Pacific Regional Committee untuk penggal 2022-2025 – satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Lebih istimewa, Azhar sendiri pernah mendedahkan bahawa isterinya juga seorang peguam bertauliah. Malah keluarga Chempaka mengendalikan firma guaman sendiri yang dikenali sebagai Pahamin & Pahamin, berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia.

Tidak hairanlah, keperibadian Chempaka yang bijak, rendah diri dan berdedikasi menjadikannya pasangan serasi buat Azhar Sulaiman. Kehidupan mereka bukan sahaja dihiasi kejayaan dalam bidang masing-masing, tetapi juga menjadi inspirasi kepada ramai kerana mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga selama lebih dua dekad.

27 Tahun Kahwin & Ada 3 Anak Bijak, CHEMPAKA EMALIN PAHAMIN Wanita Hebat Azhar Sulaiman! - Nona

Anak kembar Azhar Sulaiman cemerlang SPM, bakal ambil jurusan undang-undang - Hiburan | mStar

Wanita bijak ini juga ibu kepada tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin. Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.

Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Notthingham pada Julai lepas. Sementara anak kembar, Kasih Iris Leona dan Rees pula sambung pengajian di luar negara sejak September lalu.

Sumber: Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply