Masih Ingat Lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’? Penampilan Terkini Penyanyinya Buat Ramai Terkejut!

Masih Ingat Lagi Dengan Penyanyi Lagu “Pelamin Anganku Musnah”, Ini Keadaan Terkini Beliau

Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku, dua karya malar segar sehingga kini, sekaligus membayangkan kita kepada wajah penyanyinya ketika mendengar. Azie suatu ketika dahulu pernah meletup-letup menerusi profesion sebagai penyanyi.

Azie ‘Pelamin Anganku Musnah’ Kini Suri Rumah & Usahawan Di Sarawak, Tetap Menawan Pada Usia 46

Namun kerjaya seni pemilik nama sebenar Roeziah Mustapha ini, yang bermula 1995, kian malap selepas tahun 2000 sewaktu dia memulakan fasa kehidupan berumah tangga.

“Saya berkahwin dengan Nazarudy Abdul Wahed pada Julai 2000 dan ambil keputusan balik ke Kuching, Sarawak.

“Namun ketika itu saya masih berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana ada perniagaan butik.

“Malah, jemputan menyanyi juga masih ada sehinggakan kerap juga saya ke Semenanjung,” katanya.

Azie menyepi atas keputusan pengundurannya daripada dunia seni.

Azie ‘Pelamin Anganku Musnah’ Kini Suri Rumah & Usahawan Di Sarawak, Tetap Menawan Pada Usia 46

Kehidupan Terkini.

Menyingkap rahsia serta perkembangan terkini artis kelahiran Kuching, Sarawak , Azie kini  rancak berniaga dari rumah secara online dengan tanda pagar #aziedapoanganku

“Saya kini menetap sepenuhnya di Kuching, Sarawak bersama suami dan 3 cahayamata. Anak sulung dah berusia 20 tahun, anak kedua 17 tahun dan yang ketiga 11 tahun.

Saya kini menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah sepenuh masa sejak berlakunya pandemik. Semua undangan nyanyian sebelumnya terpaksa ditolak. Redha dengan keadaan dan saya yakin dengan rezeki.

Azie ‘Pelamin Anganku Musnah’ Kini Suri Rumah & Usahawan Di Sarawak, Tetap Menawan Pada Usia 46

Sekarang ini saya bergiat dalam bisnes masakan dan baking secara online. Bisnes harian saya ialah menghasilkan Curry Puff Carbonara dan Popia Carbonara Goreng. Saya juga menerima tempahan frozen food. Manakala tempahan kek, kuih, hidangan minum petang, untuk bersedekah pun saya terima. Bila perayaan saya turut menerima tempahan biskut-biskut terutama daripada regular customer.

Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya sentisa pastikan produk betul-betul fresh kerana saya tak suka simpan stok. Bila customer gembira ia satu kepuasan bagi saya. Alhamdulillah feedback yang diterima pun sangat memberangsangkan, selalu dapat repear order. Dengan adanya online business ini dapatlah juga penuhi masa lapang saya di rumah.

Kekal Cantik Di Usia 46 Tahun

Azie ‘Pelamin Anganku Musnah’ Kini Suri Rumah & Usahawan Di Sarawak, Tetap Menawan Pada Usia 46

Sentiasa Syukur & Jaga Kesihatan

“Syukur atas kurniaan Allah SWT. Biar sehebat mana pun kita, harta dan kekayaan tidak bermakna kalau kesihatan terabai. Sebab itu saya sentiasa percaya dan reda dengan apa yang Allah tentukan. Untuk kekal sihat dan cantik, saya amalkan rutin harian dengan mengambil suplemen, vitamin serta memastikan minum air kosong secukupnya,” katanya.

Menurutnya lagi, gaya hidup sihat perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi apabila usia mencecah 35 tahun ke atas kerana ketika itu tubuh lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

“Saya jaga waktu makan. Paling penting jangan skip sarapan kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari. Kalau tak sempat makan tengahari sekalipun, asalkan sarapan tidak ditinggalkan. Sebagai suri rumah yang juga berbisnes, saya perlu tenaga yang cukup untuk menyelesaikan kerja seharian.

“Tidur kena cukup, pemakanan pun mesti dijaga. Saya juga berdoa sentiasa diberi kesihatan yang baik. Bila hati bersih, kecantikan dalaman itu akan terserlah secara semula jadi di luaran,” ujarnya lagi.

Rindu Dunia Seni

Dalam masa yang sama, beliau mengakui terharu apabila lagu-lagu lamanya masih menjadi pilihan pendengar radio meskipun sudah berpuluh tahun berlalu.

“Rasa rindu untuk kembali menyanyi seperti dulu semakin membuak-buak. Ditambah pula dengan adanya laman sosial dan aplikasi WhatsApp, ia memudahkan saya berinteraksi dengan peminat dan rakan-rakan dalam industri,” katanya.

Pada tahun 2018, beliau kembali dengan rakaman sebuah single berjudul Anganku Terhenti Di Sini, yang merupakan sebahagian daripada album kompilasi bersama empat lagi artis era 90-an iaitu Mac Ruhayu, Haslinda, Azura Aziz dan Norli Tamam (Kumpulan Primadona).

“Segalanya bermula apabila artis-artis 90-an menubuhkan kumpulan WhatsApp sendiri. Dari situlah saya kembali berhubung dengan mereka dan akhirnya ditawarkan untuk terbabit dalam album ini. Saya menyanyikan lagu ciptaan Rosli Ahmad dengan lirik oleh Andy Sulaiman. Lagu ini sebenarnya kesinambungan kepada Pelamin Anganku Musnah,” katanya lagi.

Beliau mengakui terharu apabila karya tersebut mendapat sambutan hangat daripada peminat yang merindukan suaranya.

“Rasa gembira sangat kerana masih berpeluang merakamkan single terbaru selepas sekian lama. Walaupun rindu pada dunia seni, saya bersyukur kerana bisnes kecil-kecilan yang saya lakukan sekarang memberi rezeki dan mengisi masa. Apa pun, saya tetap hargai setiap nikmat yang Allah beri,” ujarnya penuh syukur.

Sumber: iluminsi, N0na, Instagram & youtube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply