Mohon Doa Semua! – Keadaan Sofi Jikan Agak Serius, Derita Jangkitan Kuman Pada Jantung, Hingga Terpaksa Dipindahkan Ke Hospital Lain

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan semakin membimbangkan, pelakon Soffi Jikan akan dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor bagi menerima rawatan selanjutnya berkaitan jangkitan kuman pada bahagian jantung.

Perkara tersebut dikongsi rakannya yang dikenali sebagai Hasyim dalam satu hantaran TikTok semalam.

“Jangkitan kuman pada jantung.

“Kemas kini 24 Ogos, Soffi Jikan dipindahkan ke Hospital Serdang.

Soffi Demam Semula Sebab Dada Sakit & Hati Suspek Jangkitan'

“Keadaan kesihatan terkini agak serius. Semoga cepat sembuh,” katanya dalam video tersebut.

Tambah Hasyim dalam ruangan komen, pelakon yang terkenal dengan trademark ‘sengat’ itu juga sering membuat siaran langsung TikTok dan orang ramai boleh menyumbang (menerusi pemberian ‘gift’) sekiranya berkemampuan.

Ujian bertimpa, Soffi Jikan kembali ke hospital akibat jangkitan kuman |  Astro Awani

“Dia akan buat siaran langsung TikTok selalu, boleh sokong jika berkemampuan,” ujarnya membalas komen netizen.

Perkongsian tersebut dibanjiri ratusan komen yang rata-ratanya mendoakan aktor tersebut,

“Semoga Soffi cepat sembuh, rindu nak lihat lakonannya.

“Semoga Allah SWT merahmati dan berikan kesembuhan,” komen netizen.

Lepas alami jangkitan pada hati, Soffi Jikan kini berdepan masalah jantung…  Bakal dipindahkan ke Hospital Serdang - Hiburan | mStar

Sebelum ini, Soffi atau nama sebenarnya Mohammad Shoffi Jikan, 54, dalam satu temu bual menberitahu dia menerima rawatan untuk jangkitan kuman pada hati namun perlu berdepan dengan penyakit berkaitan jantung.

Difahamkan, Soffi telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak Julai lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada hati.

Dia juga pernah dimasukkan ke hospital yang sama akibat dijangkiti kencing tikus dan demam denggi. – KOSMO! ONLINE

Sumber Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply