Nama ‘dipetik’ jadi isteri keempat VVIP, Daiyan Trisha Akhirnya Terpaksa Beritahu

PELAKON Daiyan Trisha hanya mampu ketawa apabila mendapat tahu namanya ‘dipetik’ netizenmenjadi isteri keempat kepada seorang lelaki bangsawan berstatus suami orang.

Menafikan dakwaan itu, Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata dia enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan satu bahan jenaka.

“Ya Allah saya isteri keempat? Astagfirullahalazim. Saya tak tahu nak cakap apa, saya tak ada baca pun fasal gosip ini.

Daiyan hanya mampu ketawa sewaktu ditanya tentang gosip berkahwin suami orang.

“Saya pun tak tahu apa yang saya buat sampai setiap kali isu seperti ini (gosip) keluar nama saya pula kena petik.

“Saya boleh gelak saja kot, sebab kelakar pun ada ya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam masa sama, Daiyan tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata netizen kerana sudah terbiasa menjadi bahan bualan ramai.

“Netizen boleh cakap apa saja yang mereka mahu, saya tidak buat apa-apa pun orang boleh petik nama saya.

“Dulu orang kata saya ada sugar daddy, sekarang orang cakap saya isteri keempat pula.

“Saya dah tak rasa apa-apa dah sebab macam kelakar. Emosi pertama yang saya rasa bila dengar nama saya dikaitkan dengan gosip ini adalah kelakar.

“Kalau dulu saya tepis semua gosip-gosip ini, penat-penat saya bekerja. Sekarang ini saya dah malas nak layan apa kata netizen,” ujarnya.

Daiyan enggan mengambil pusing kata-kata netizen di media sosial.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa seorang pelakon wanita popular berusia 31 tahun sudah bergelar isteri keempat kepada lelaki bangsawan berstatus suami orang.

Dakwa portal tersebut, tarikh pernikahan aktres berkenaan tidak dimaklumkan namun dilaporkan pasangan itu sudah lama menjalin hubungan cinta sebelum berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Kenyataan itu sekali gus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen dan ada yang memetik nama Daiyan kerana melihat kemewahan dimiliki pelakon drama W: Two Worlds itu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply