Nenek ‘Gorgeous’! AIDA KHALIDA Cantik Semula Jadi, Tak Sangka Rupanya Umur Beliau Sudah Mencecah..

Nama Aida Khalida bukanlah asing lagi dalam dunia seni tanah air. Puluhan tahun bergelar anak seni, bakat lakonan pelakon veteran ini terus diiktiraf hingga ke hari ini, bahkan masih menerima banyak tawaran walaupun usianya kini mencecah 65 tahun.

Sinonim dengan watak seorang ibu di layar kaca, Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, kekal berdisiplin dalam karier seni yang diceburinya sejak muda. Bukan sekadar seorang pelakon berbakat, beliau juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan kini berbangga menyandang gelaran nenek kepada lima orang cucu.

Siapa sangka, meskipun sudah berada di usia emas, nama Aida Khalida tetap utuh dan terus mewarnai persada hiburan tanah air.

Nenek ‘Gorgeous’! AIDA KHALIDA Cantik Semula Jadi Usia 65 & Masih Aktif Dunia Seni!

Tidak pernah menjadikan status solo tanpa suami sebagai kekurangan, Aida Khalida tetap menjalani kehidupan dengan tenang dan teratur. Selain sibuk di lokasi penggambaran, hari-hari beliau turut diisi dengan aktiviti bermanfaat seperti membaca Al-Quran dan menghadiri majlis ilmu apabila tidak terbabit dengan sebarang penggambaran.

Penghijrahan Aida sekitar tahun 2008 nyata membawa banyak perubahan positif dalam kehidupannya. Kini di usia 65 tahun, keanggunan aktres ini masih terserlah — cantik dengan kelas tersendiri, tanpa sebarang suntikan botox mahupun pembedahan kosmetik.

Biarpun garis kedutan halus sudah mula menghiasi wajahnya, pesona dan aura seorang seniwati tidak pernah pudar. Malah, Aida sendiri pernah berkongsi bahawa rahsia utama mengekalkan kecantikan semula jadi adalah dengan menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang, selain menitikberatkan disiplin hidup.

Nenek ‘Gorgeous’! AIDA KHALIDA Cantik Semula Jadi Usia 65 & Masih Aktif Dunia Seni!

Berkongsi rahsia menjaga kesihatan, Aida Khalida mengakui dia mengamalkan corak pemakanan yang sederhana. Katanya, dia mengurangkan kuantiti nasi dengan hanya mengambil sekitar satu senduk kecil setiap kali makan, kemudian makan berulang dalam portion kecil apabila lapar. Selain itu, beliau memastikan sayur-sayuran serta buah-buahan sentiasa ada dalam hidangan harian.

Setiap kali selesai makan, Aida turut mengamalkan minuman detoks — campuran dua sudu besar cuka epal (apple cider) bersama segelas air. Amalan ringkas ini katanya membantu mengekalkan kesegaran tubuh.

Seiring pertambahan usia, Aida juga tidak mengabaikan senaman. Beliau masih melakukan sit up dan push up sebanyak tiga kali seminggu, selain brisk walk untuk mengekalkan kecergasan.

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply