
PELAJAR tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, dituduh mencuri wang sehari sebelum dia ditemukan terlentang di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Zara juga dipercayai dipanggil menghadiri satu perjumpaan haram yang dikenali sebagai ‘MA’ selepas aduan kes kecurian itu disampaikan kepada pelajar senior tingkatan empat sekitar pukul 8 malam, 15 Julai lalu.
Menurut laporan media yang mengikuti inkues berhubung kematian remaja itu, pengawal keselamatan asrama, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan mengenai kehilangan wang tunai RM300 serta kad bank pada malam tersebut.
Pelajar terbabit menuduh Zara sebagai individu yang mengambil wang tersebut.
Linah yang menjadi saksi keenam bagi kes tersebut juga berkata Zara dipanggil oleh pelajar senior selepas aduan itu dibuat.
Namun begitu, Linah menyatakan dia tidak mengetahui apa yang berlaku selepas itu.
Keterangan itu disampaikan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.