
KOTA KINABALU – Salah seorang peguam yang mewakili Noraidah Lamat, 45, tampil memberi penjelasan selepas gambarnya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali tular di media sosial.
Shahlan Jufri berkata, gambar berkenaan adalah rakaman lama pada Jun 2025 dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
“Cubaan pihak tertentu mengaitkannya adalah fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat.
“Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada malam Rabu.Beliau menjelaskan, perkara utama yang dituntut dalam melaksanakan proses perundangan selaku peguam kepada ibu Zara Qairina telah berjaya dan sedang dalam tindakan.
“Untuk rekod, perkara-perkara utama telah pun dilaksanakan selepas pelantikan saya selaku peguam Zara seperti penggalian semula kubur telah berjaya, pelaksanaan bedah siasat telah berjaya, berada di bilik bedah siasat selama lebih lapan jam atas kehendak anak guam.
“Kami juga memohon agar pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu maksimum 10 tahun dan permohonan inkues dibenarkan serta sedang berjalan,” katanya.
Sehubungan itu, Shahlan menegaskan beliau sebagai peguam bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih, demi menegakkan proses keadilan serta integriti undang-undang.
“Saya tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan dan mengganggu perjuangan ini yang berlaku sejak daripada hari pertama saya dilantik sebagai peguam Zara,” tegasnya.
Terdahulu, gambar tular berkenaan turut memaparkan salah seorang peguam mewakili tertuduh, Datuk Ram Singh, yang mencetuskan polemik dalam kalangan warga maya.
Sumber Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.