
Pusat penginapan jenis inap desa (homestay) sering menjanjikan ketenangan buat para tetamu apalagi yang berlokasi di kawasan-kawasan kampung. Namun buat seorang pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan ini, ketenangan mereka sekeluarga malah bertukar menjadi kecoh dengan sebuah kejadian mengejutkan.
Macam mana kalau mak kau orang buat macam tu! Kau tahu tak aku ada anak!
Sewaktu Datin Lyanaz sedang mandi di bilik air, rupanya salah seorang pekerja homestay berkenaan telah mencuri rakam dirinya selama lebih kurang 5 minit. Setelah mendengar jeritan Datin Lynaz, pelaku cuba melarikan diri dari semak sebelum berjaya ditangkap oleh staf Datin Lynaz.
Telefon dah rampas, banyak gila video ‘biru’ dalam tu
Setelah mereka memeriksa kandungan telefon bimbit pelaku, ia penuh dengan kandungan video bersifat eksplisit. Membayangkan maruah dirinya yang akan tercalar sekiranya rakaman mandi itu tersebar, Datin Lyanaz tidak dapat menahan kemarahan sehingga terlanjur melepaskan kata-kata kesat. Semantara itu, bapanya cuba menenangkan keadaan.
Kalau aku diam, boleh menjamin video tu tidak dihantar ke mana-mana?
Hasil perkongsian penduduk kampung, pemuda itu rupa-rupanya merupakan seorang penagih. Ibunya sempat datang bertemu Datin Lyanaz dan meminta agar tidak melibatkan polis. Namun pihak Datin Lyanaz bertegas membuat laporan disusuli dengan rasa khuatir jika pengunjung lain mungkin berdepan isu sama di masa hadapan.
KREDIT : TikTok Aliff Busu & Datin Lyanaz Hassan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.