Uqasha Senrose Mengadu Dengan Kamal Adli, Pening Layan Netizen Asyik Buat Dosa Kering Kutuk Saiz…

PENAMPILAN terkini pelakon Uqasha Senrose selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli pada November tahun lalu menarik perhatian netizen.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia berasa hairan dengan segelintir netizen yang gemar mempersoalkan mengenai saiz dan bentuk tubuhnya.

Menganggap diri semakin bahagia disamping suami tercinta, pelakon berusia 29 tahun ini berkata dia tidak kisah dengan fizikalnya itu.

Uqasha tidak kisah bentuk badannya kurus atau gemuk.

Sebaliknya, netizen yang menyakitkan hati orang lain hanya mendapat dosa semata-mata.

“Abang, dia orang ni… saya kurus, cakap saya kurus sangat, tapi bila badan naik sikit terus panggil saya gemuk.

“Abang babap (pukul) dia orang. Ada saya kisah, suka hati saya la nak chubby ke slim ke. Saya tengah bahagia. Badan boleh turun tapi sakitkan hati orang percuma dapat dosa kering,” katanya.

Kakak kepada aktres Nelydia Senrose ini berkongsi kapsyen berkenaan bersama beberapa keping foto dia dan suami Kamal Adli menghadiri malam Anugerah MeleTOP Era 2021 yang berlangsung di PICC, Putrajaya pada Ahad.

Sementara itu, rata-rata netizen menganggap pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu tetap kelihatan cantik tidak kira kurus atau gemuk, malah aktres itu nampak lebih berseri selepas berkahwin.

“Aiyo, Uqasha dah mengadu dekat suaminya… Uqasha ni okay saja di mata kita orang. Tak kisahlah yang penting sentiasa nampak cantik.

“Awak cantik tak kira apa pun. I adore you Sha. Yang pertikaikan itu ‘kau tu cantik sangat ke’.

“Ala tak gemuk sangat pun. Normal la badan lepas kahwin lain sikit. Ala kalau artis sekejap saja boleh kurus. Apa-apa pun tetap cantik.

Uqasha

Uqasha bahagia disamping suami, Kamal.

“Tak kisah la slim ke mok (gemuk) ke janji cantik… sibuk saja yang cakap bukan-bukan itu,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu.

Berita perkahwinan mereka diumumkan selepas sebulan berkahwin kerana terikat dengan hak eksklusif bersama stesen penyiar Astro.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply