‘Dua Tahun Setengah Takde Keje’ – Luahan Rosnah Mat Aris, Nasib Baik Masih Ada Suami, Kalau Tak..

” Walaupun tak semewah dulu, kita sekarang kena berjimat cermat…”

Demikian luahan pelakon Rosnah Mat Aris, 67, yang bersyukur apabila dapat kembali bekerja selepas lebih dua tahun hilang pendapatan akibat C0VlD-I9.

Menurut Rosnah, zaman sekarang bukan sekadar tertumpu kepada mencari rezeki untuk mengisi perut tetapi segala perbelanjaan memerlukan kos yang tinggi termasuk bayaran perkhidmatan kesihatan.

” Kalau tiada duit, kita boleh makan nasi dengan garam. Tapi kalau sak1t sekarang, masuk hspital semuanya perlukan duit.

” Tiada yang percuma lagi. Tambah lagi kalau hospital swasta, wang jadi mahal berkali ganda. Duit yang ada disimpan untuk kegunaan begini.

” Bayangkan dua tahun setengah tiada kerja. Setiap benda kena keluarkan duit.

” Apa benda pun tak boleh buat. Yang ada kedai kena tutup tapi, sewa masih berjalan.

Nasib baik masih ada suami

” Kalau dibagi percuma tanpa sewa masa PKP, kita bertahanlah. Saya bernasib baik juga masih ada suami berbanding orang lain mungkin tiada suami,” ,” kata pelakon yang popular dengan filem 3 Janda Menawan Dunia itu.

Gambar kiri, Rosnah ketika berlakon dalam sitkom Asam Garam Hidup, 1996.

Menurutnya, mereka masing-masing mempunyai simpanan yang boleh dikongsi jika keadaan mendesak.

” Alhamdulillah sampai sekarang rezeki kami yang Allah bagi mencukupi. Walaupun tak semewah dulu, kita sekarang kena berjimat cermat.

Dulu buat bisnes kantin

” Saya dah berhati-hati semasa kejatuhan ekonomi sekitar 1997 dulu. Tapi waktu itu saya ada beberapa kantin seperti di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dikongsi bersama arwh adik.

” Kemudian, saya tumpu pada kantin sendiri di sebuah bangunan berhampiran Ampang Park dan bertahan lama.

” Duit dari situ yang boleh buat saya hidup. Bila dah kena sekali, saya sentiasa berhati-hati. Tak banyak pun kena simpan untuk sak1t,” katanya.

Diminta mengulas ‘trend’ artis terpaksa meminta bantuan kerana susah, Rosnah menyifatkannya wajar daripada mencuuri.

” Kita minta sebab kita susah. Pada yang boleh bantu, bantulah. Janganlah sebab dia artis dan minta bantuan, terus kena kecam.

” Artis Malaysia tak kaya kalau tiada perniagaan sebagai ‘back up’. Kalau setakat berlakon saja memang tak cukup.

” Bayangkan nak kena beli baju dan sebagainya. Semua kena beli untuk ‘shooting’. Kalau ada tajaan pun takkanlah pakai baju untuk kegunaan di rumah. Lainlah untuk pergi makan malam,” katanya.

10 fakta Rosnah Mat Aris yang ramai tak tahu

1) Lahir 30 Mei 1955, Rosnah binti Mohd Aris mula menceburkan diri dalam bidang lakonan ketika usia yang agak lewat pada era 80an di mana ketika usianya 30an.

2) Beliau terkenal menerusi watak Mak Limah dalam drama komedi Rumah Kedai dan watak Combi dalam Mami Jarum & Mami Jarum Junior

3) Rosnah pernah mengakui beliau tidak menyimpan sedikitpun minat terhadap dunia lakonan. Rosnah hanya berminat dalam bisnes pada awalnya dan langsung tak terfikir nak jadi pelakon.

4) Namun satu hari beliau diminta oleh rakan baik, Allahyrham Hasnah Ibrahim yang memintanya menjadi pelakon tambahan. Tiga kali beliau menolak namun akhirnya Allah bukakan hatinya.

Gambar kiri, Rosnah dan Salih Yaacob ketika berlakon dalam telemovie Dia Penari Dangdut, 1998.

5) Pernah diberi gelaran Michelle Williams Malaysia dek kerana fesyen rambut pendek dan blonde persis bintang Hollywood itu. Kini, Rosnah Mat Aris sudah pun berhijrah dan lebih selesa dikenali dengan imej yang berhijab.

6) Lakonan Rosnah menerusi drama-drama bergenre komedi telah berjaya meletakkan namanya sebagai pelawak yang cukup terkenal dan kerana itu beliau digelar ratu komedi.

7) Rosnah pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 4 tahun berturut-turut (1998-2001) bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular. Beliau merupakan satu-satunya artis komedi wanita yang paling banyak mendapat pencalonan menerusi kategori tersebut.

8) Selain anugerah komedi, Rosnah juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Tersasar Di JalanMu (2009), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Tongkat Tok Ali (Top 5) 2002/2003 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Gincu Ayah (Top 5), 2012.

9) Rosnah ketika berusia 53 tahun telah menarik perhatian ramai apabila mengaku berkahwin dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun bernama Tajul Effendie, yang mesra dipanggil Blue pada 13 November 2008.

10) Rosnah juga pernah berehat setahun dari dunia lakonan pada tahun 2016-2017, menurut Rosnah ketika itu beliau membantu suaminya mengusahakan perniagaan tudung bagi menyara kehidupan.

Sumber Muzik Jalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply