Seorang Dukun Online Dedah Lakaran Makhluk Yang Disihir Pada Ustaz Kazim, Tak Sangka Ada Banyak Makhluk

Sebelum ini, Ustaz Kazim telah mendedahkan keadaan dirinya yang dipercayai terkena sihir dan mengatakan seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya.

Video berada di bawah artikel

Susulan itu, tular video TikTok @official_neopawangdiraja dimana dia membuat pendedahan berkenaan orang yang menyihir Ustaz Kazim. Menerusi video tersebut, dia telah melukis 4 individu berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan

Sosok yang pertama ialah seorang wanita bertudung dan didampingi oleh makhluk berupa hantu pocong bermata hijau, manakala sosok kedua ialah seorang lelaki berkopiah menggunakan barang sihir seperti rambut, jarum dan tisu peluh mangsa.

Bagi sosok ketiga pula ialah seorang dukun dari Indonesia dimana mempunyai lembaga hitam sebagai lembaga suruhannya dan sosok keempat ialah seorang dukun asli yang menggunakan katak dan jin harimau belaannya.

Menurut lelaki tersebut, dia tidak mengenali individu-individu yang dilukisnya dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak. Tambahnya, lakaran yang dikongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut. Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan kebenaran pada lukisan tersebut.

 

Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan bahawa cara perubatan seseorang itu berbeza dan mungkin lelaki itu memang memang boleh melihat benda ‘ghaib’ tersebut.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendoakan agar kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan kesemua sihir berjaya dibuang. Di akhir video, lelaki tersebut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sesiapapun.

Orang jumpa gambar saya di tempat rawatan bomoh Thailand” Ustaz Kazim dedah ada orang kata dia mungkin terkena sihir ‘puru katak’

Penyakit misteri yang dialami oleh Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim Elias (UKE) seperti yang didedahkan beliau sebelum ini, telah mengundang rasa simpati ramai.

Berdasarkan perkongsian video terbaru di Facebook, Ustaz Kazim berkata, beliau kini sedang dalam usaha mencari individu di Thailand yang menjadi ‘punca’ kepada keadaan yang dialaminya itu.

”Sahabat saya dari Thailand dah sampai dua hari lepas, jadi kita nak cari orang di Thailand yang disebut berkali-kali yang orang jumpa gambar saya di tempat rawatan dia,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau sanggup membayar berapa yang diminta demi kembali menjadi sihat semula.

”Nak pujuk dia supaya buangkan sihir dia supaya dengan izin Allah tak ada sihir lagi, berapa ribu nak pun kita bayar lah pada bomoh tadi untuk tarik balik apa yang dia buat,” katanya.

Kesan daripada kena sihir, Ustaz Kazim mendakwa bahawa luka muncul di bahagian wajah dan badannya selain wajahnya turut menjadi hitam dan tangan serta kaki turut mengecil.

”Dekat muka dah jadi hitam, kaki saya mengecil tangan saya pun mengecil, yang besar hanya perut sahaja sebab tu ramai orang kata (Ustaz Kazim) kena sihir puru katak,” katanya.

”Jadi, kena sihir daripada katak macam tuan-tuan tengok katak tu macam tu lah kaki katak jadi kecil, tangan katak kecil yang besar hanyalah perut, itulah saya,” katanya.

Tambah beliau, darah juga keluar di bahagian tubuhnya akibat penyakit tersebut.

”Dia jadi luka ikut suka, duduk saja-saja dia keluar darah meleleh, darah satu badan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan mengenai isu gambar yang dimuat naik sebelum ini di mana telah mencetuskan kontroversi ramai.

Gambar tersebut dikatakan sekadar kesan makeup oleh juru solek dan bukan penyakit seperti yang didakwa oleh beliau.

”Takkan saya nak tunjuk benda aurat saya dalam Facebook, benda tu aib pada saya, kebetulan (juru solek) buat pada lengan saya (untuk filem) jadi saya masukkan,” katanya.

Jelas beliau, kesan daripada penyakit tersebut muncul pada bahagian perut dan peha yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

”Takkan saya nak tunjuk keadaan di perut saya, di peha saya, hanya orang yang dekat sahaja yang tahu, anak-anak dan isteri.

”Ini bukan benda tipu cuma saya sorok pada orang, benda yang tak boleh disorok di muka jadi di muka ini penuh dengan foundation,” katanya.

Video,

 

Sumber: vocket | SK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply