‘Tinggal Rumah Setinggan, Setiap Hari Makan Telur Goreng’ – Luahan Salih Yaacob, Dibayar Gaji RM5 Sehari

” Cikgu tahu saya seorang banyak cakap..”

Itu kata-kata pelakon Salih Yaacob, legenda hiburan tanah air yang cukup disegani. Beliau lama menceburkan diri dalam dunia seni, sejak tahun 80-an lagi.

Umum mengenali Salih yang terkenal sebagai penghibur serba boleh yang berbakat sebagai penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara.

Selain bergelar seorang penyampai radio Sinar yang berkhidmat selama 14 tahun, Salih pernah tampil dengan lima album dan berlakon lebih 14 filem.

Bakat melawak sudah ada dalam dirinya sejak kecil. Membuka cerita, Salih mengakui amat meminati filem-filem lama dan sering meniru lakonan karakter lama sebagai wadah hiburan.

” Saya masih ingat, ketika menuntut di darjah enam, saya pengsan selepas terjatuh gara-gara meniru aksi dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

” Salah seorang cikgu menyangka saya sudah m4ti. Mereka kendong saya sampai ke klinik. Walhal masing-masing ada kereta mewah,” ceritanya.

Kata pelakon ini, dia bukan seorang yang berpelajaran tinggi. Hidup serba kekurangan dan dibesarkan dalam keluarga susah.

” Hidup di kampung cukup susah. Mandi air telaga, lampu pakai pelita.

” Dalam pelajaran saya tak kejar lebih. Bagi orang dahulu, kerja kerani pun sudah dianggap bagus. Kalau balik kampung tunggang motosikal sudah dipandang tinggi. Penduduk gelar ‘orang KL’,” ceritanya lagi.

Hampir setiap hari makan telur goreng dan sardin

Sebelum menempa nama sebagai Salih Yaacob, penghibur ini pernah melakukan bermacam-macam jenis kerja.

Dari kerja kilang, sehinggalah kerani perkapalan. Semua ditempuhnya demi kelangsungan hidup pada ketika itu.

” Saya datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Bermula dengan kerja kilang, dibayar RM5 sehari.

” Tinggal rumah setinggan di tepi landasan kereta api. Hampir setiap hari makan telur goreng dan sardin. Guna pula air telaga untuk keperluan harian.

” Kemudian saya ditawarkan kerja sebagai kerani. Tugas periksa muatan kapal yang berlabuh di pelabuhan Klang. Selepas itu, bekerja pula di kilang kertas,” katanya.

Pada tahun 1980, Salih cuba memasuki bidang seni dengan menyertai Pentarama di bawah Jabatan Penerangan Malaysia selama tiga tahun.

” Masa itu, saya tak ada asas menari, berlakon, melawak. Saya terjumpa penyanyi, Shidee dan minta dia ajar saya menari.

” Rupanya dia juga tidak tahu menari. Selepas itu, baru saya ambil kursus dan belajar pelbagai jenis tarian sebagai asas,” selorohnya.

Diri bau may4t. Tubuh bertukar gelap

Umum mengetahui, sekitar tahun 2000, Salih diuji sakit. Membuatkan dirinya hilang dari radar seni buat seketika. Katanya, pengalaman itu terlalu berat untuk dikenang. Justeru dia enggan berkongsi terlalu mendalam.

” Macam-macam saya lalui. Diri bau may4t. Tubuh bertukar gelap. Ada yang kata saya dah tak ada.

” Saya seakan sudah pergi ke alam lain. Melihat jasad sendiri. Kalau saya cakap, orang kata saya g1la. Tohmahan orang, saya maafkan,” ceritanya.

Ketentuan Tuhan, Salih diberi kesembuhan dan bangkit daripada kesak1tan.

” Lepas album ketiga, suara saya hilang. Hilang terus. Saya memikirkan, apa lagi tentang aku yang boleh menjadi punca pendapatan.

” Masa itu saya dah tak terima tawaran buat show. Tapi rezeki datang. Pihak radio Sinar tawarkan jadi penyampai. Saya macam tak percaya. Kata saya ‘agak-agaklah’.

” Macam-macam saya cuba. Sampaikan laporan trafik pun ada. Pegang pelbagai gelaran. Contoh Abang Jamm. Tak sangka, kerja di konti serasi dengan saya,” kongsinya.

Artis lama pendapatan berapa sahaja

Satu pertanyaan sering dilayangkan, tidakkah Salih Yaacob mahu kembali aktif dalam industri seni. Tidak menidak atau mengiyakan, dia menjawab soalan itu dengan alasan tersendiri.

” Keadaan industri tak berubah. Macam itu juga. Kami orang lama macam tak berharga. Yang terlalu diangkat orang baru.

” Industri kita ini cukup berbeza dengan negara luar. Yang lama semakin ditolak tepi. Saya kasih dan rindu pada orang lama. Mereka yang menghidupkan jiwa saya semasa kanak-kanak.

” Kami artis lama pendapatan berapa sahaja. Makin dibayar rendah dan semakin dipandang tak bernilai. Yang kaya pihak produksi. Saya kecewa,” katanya lagi.

Tegas Salih lagi, dia tidak menolak untuk kembali ke dunia seni. Namun katanya biarlah bayaran diterima setimpal dan berbaloi dengan pengalaman.

” Saya memang nak kembali. Tetapi, biarlah berbaloi. Saya ada tanggungan, makan minum keluarga, sekolah anak. Itu amal jariah saya.

” Kalau saya dibantu, maka yang membantu itu menolong amal jariah saya,” jelasnya.

7  fakta mengejutkan tentang Salih Yaakob

1) Lahir pada 25 November 1961, kerjaya Salih bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980 dan bertugas sebagai penari dan penyanyi.

2) Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986.

Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

3) Pada permulaan karier sebagai pelakon juga ramai orang yang membandingkan Salih dengan Allahyrham S. Samsudin, disebabkan oleh  bentuk tubuh yang hampir sama.

4) Menyertai Sinar pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar CikPiah pada 2016.

5) Filem yang Salih paling gemari pula adalah Keluarga 99 arahan A.R Badul kerana penggambaran dibuat di Thailand. Malah kerana lagu itu orang masih mengingati lirik “1 and 2, 2 and 3… 3 and 1, I love U..”

6) Salih Yaacob pernah dicadang untuk menerima anugerah contoh keluarga poIigami dari kerajaan negeri Kelantan kerana mampu menguruskan rumh tngga dengan baik mengikut hukum Islam.

7) Tiga isteri Salih adalah Norlizah Mamat, 56, Norfara Wahida Sulaiman, 42, dan Samihah Syeikh Ali, 34. Salih bercrai dengan Nor Raha Hamad, 52, isteri keduanya pada 2015.

Daripada keempat-empat perkahwinan itu Salih dikurniakan 13 orang anak.

Sumber Muzik Jalanan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply