SELEPAS dua tahun, sebuah restoran popular di Melaka yang pernah tular kembali hangat diperkatakan gara-gara sekumpulan pelanggan didakwa dimaki peniaga di premis itu.
Bagaikan tidak serik, peniaga yang sebelum ini didakwa menghalau seorang usahawan yang juga influencer, kini didakwa pula memperlekehkan pelanggan gara-gara baki lauk yang dijual tidak banyak untuk pengunjung yang datang beramai-ramai.
Susulan kekecohan yang berlaku sehingga mendapat kecaman ramai, anak kepada pengusaha berkenaan menjelaskan situasi sebenar bagi pihaknya kepada mStar.
Ujar wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Illa, dia kesal dengan tindakan pelanggan tersebut membuat posting di Facebook bagi memburukkan restorannya.
Menurut Illa, dia menafikan dakwaan pelanggan tersebut yang kononnya datang ke restorannya di Bandar Hilir pada pukul 2 petang.
“Dia sebut datang pukul 2 petang, tapi sebenarnya pukul 4 petang. Apabila dah datang pukul 4 petang memanglah banyak barang dan makanan habis.
“Kedai saya buka pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang, kadang-kadang kami tutup lebih awal kalau barang atau makanan dah habis… tapi saya dah maklumkan kalau nak makan juga, kami sediakan apa yang masih ada,” katanya ketika dihubungi mStar.
Tangkap layar video seorang pelanggan membuat rakaman keadaan di sebuah restoran.
Selain itu wanita berusia 39 tahun turut turut kesal apabila harga makanan yang dikenakan kepada pelanggan yang membawa keluarganya dari Singapura itu didakwa mahal.
“Mereka datang seramai kira-kira 10 orang. Kalau sesiapa yang tengok video yang dia viralkan di restoran saya, boleh nampak apa yang mereka makan.
“Order bukan sikit sebab untuk 10 orang makan. Mereka order lauk ikan pari, kerabu mangga, telur dadar dan daging goreng kunyit. Semuanya dua piring besar, jadi kami caj berdasarkan apa yang mereka pesan,” katanya.
Pelanggan wanita membawa saudara-mara dari Singapura menikmati hidangan di restoran.
Mengenai dakwaan berhubung ibunya yang digelar ‘makcik puaka’ kerana kelantangannya bersuara di hadapan pelanggan, kata Illa, isu tersebut bukanlah perkara baharu.
“Malah sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.
“Kalau pelanggan yang regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.
Kami tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua.
“Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?
“Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” tambahnya.
Antara lauk dipesan pelanggan berkenaan bersama keluarganya.
Menurut Illa lagi, dia kesal apabila pelanggan berkenaan sengaja mencari publisiti dengan memburukkan imej dan reputasi bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak lebih 30 tahun lalu.
“Kalau boleh saya tidak mahu memanjakan isu ini, biarlah dia nak viralkan pun. Cuma saya kesal ia memberi kesan pada imej dan nama baik restoran kami.
“Cukuplah viral dua tahun lepas. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua,” katanya.
Menurut Illa, ibu bapanya mengusahakan bisnes restoran selama lebih 30 tahun.
Pada September 2020, restoran berkenaan pernah tular gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.
Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikannya di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.
Terdahulu yang tular semalam
Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.
Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. pic.twitter.com/MDsLZLLogy
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 9, 2022
Tangkap layar video seorang wanita merakam kekecohan yang berlaku di sebuah restoran.
Namun kerana terlalu lapar, wanita berkenaan mengabaikan kata-kata kurang enak itu dan membuat pesanan beberapa jenis lauk untuk keluarganya.
Tidak terhenti di situ, peniaga berkenaan dikatakan terus membebel tanpa henti sepanjang mereka sekeluarga menikmati makanan di bahagian hadapan restoran.
“Tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel ‘mengatus tak habis-habis’ macam punca hal ni tadi dari famili aku.
“Aku pelik apa masalah makcik ni, apa salah famili aku ni? Tengah makan pelik memikirkan apa puakanya mulut makcik ni membebelkan pasal famili aku ni.
“Apa yang tak sudah-sudah lagi ni. Aku ni dah duduk makan dah ni. Macam panas betul hati makcik tu dengan kami! Tak suka halau je, ni bebel-bebel macam orang b0doh!” katanya.
‘makcik pu4ka’ siap hina gara-gara pesan telur dadar
Sekumpulan pelanggan memesan beberapa jenis lauk termasuk telur dadar.
Apa yang lebih dikesalkannya apabila ibunya turut terpalit sama apabila didakwa dimaki oleh makcik berkenaan.
“Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, pak long mak long aku dari Singapura tu. Kalau tak, aduhai malas cakap, lagipun orang tua aku ni malas layan.
“Tapi apabila kau orang dengar video tu memekik-memekik, apa yang kau orang rasa?
“Apabila mak aku bersuara, anak dia pula menyampuk makikan mak aku. Betul lah orang kata macam mana mak, macam tu lah anak,” katanya.
Pelanggan wanita membawa keluarganya dari Singapura menikmati hidangan.
Dalam pada itu menurut Sisyana lagi, dia turut terkejut apabila bil makanan mereka sekeluarga dikenakan caj sebanyak RM240, namun tetap membayarnya.
“Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kena cas sampai RM240 tu. Kalau betul dia kira… halalkan. Kalau main tikam, dunia akhirat aku tak halalkan. Pandai-pandai lah jawab kat sana nanti.
“Selama aku hidup macam mana mak aku pun cakap pertama kali jumpa orang berniaga macam ni. Mulut-mulut puaka pun sampai hari ni customer dia ramai tau,” katanya lagi.
Tak salah pun kena halau kena maki! Ni manusia ke apa?
Jelas Sisyana, apa yang paling dikesalkannya apabila ‘makcik puaka’ berkenaan menghinanya gara-gara memesan hidangan telur dadar.
“Ada ke patut makcik tu kata ‘tak ada hasil la tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawa mak bapa makan’. Aduh macam kena toreh-toreh hati aku ni.
“Hidup kau lagi sedih makcik hanya mampu dok pelusuk dapur jadi radio buruk daripada anak-anak bawa kau pergi makan!” katanya.
Menurut wanita itu lagi, sehingga bayaran dibuat dan beredar dari restoran tersebut, tiada permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-kata makcik berkenaan.
“Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik… ‘maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelanggan lagi maaf’.
“Daripada aku masuk sampailah dah bayar dan balik, perkataan maaf langsung tak ada. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut, tapi tak kena kat muka kita memang kita okay je, dah kena baru tahu.
“Tak salah pun kena halau kena maki! Ni manusia ke apa?” katanya menerusi posting di laman Facebook Sisyana Lashes yang kini dikongsi lebih 4,800 kali.
Pada September 2020, restoran yang sama di Bandar Hilir, Melaka pernah menjadi perhatian gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.
Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikan mereka di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.
Anda ada restoran tapi pelanggan makin kurang?
LAYANAN MACAM ‘X&@#%’!
Maaf. Simbol-simbol di atas itu anggaplah mewakili pelbagai makian, carutan dan rasa tidak puas hati pelanggan apabila kunjungan mereka ke restoran anda menerima layanan yang menyakitkan hati.
Bukan hendak dilayan macam raja. Tapi sekurang-kurangnya berinteraksilah dengan adab dan tertib sesama manusia.
Sambutlah kedatangan pelanggan dengan sapaan ringkas yang menyenangkan, pandanglah mata pelanggan ketika mengambil pesanan, senyumlah sikit kalau perlu berpura-pura sekalipun, janganlah ambil mudah aduan pelanggan jangan menyindir atau berlaku biadab.
Panasnya hati kalau kita semua tidak lagi sedar betapa pentingnya kata-kata seperti ‘terima kasih’, ‘tolong’, ‘sila’, ‘datang lagi’.
Selain itu, antara yang membuatkan pelanggan marah adalah apabila mereka dibiarkan terpinga-pinga di tempat duduk tanpa didatangi pelayan restoran (walaupun sudah angkat tangan setinggi-tingginya, macam budak sekolah yang semangat nak jawab soalan cikgu), tapi tetap tidak dipedulikan.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.