Aksi Ariel Pada Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Tak Senang Duduk

PENAMPILAN penyanyi Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari semasa Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung, Indonesia pada Sabtu lalu mencuri tumpuan peminat.

Kedua-dua penyanyi terkenal ini membuat persembahan istimewa menerusi lagu duet berjudul Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu.

Selain persembahan memukau, kemesraan dan keakraban Ariel Dan Bunga semasa di atas pentas turut mengujakan penonton.

Menurut laporan Suara, pada awalnya mereka hanya menyanyi sambil berpegangan tangan dan membalas pandangan.

Bagaimanapun pasangan ini dilihat semakin selesa apabila menerima sorokan penonton.

Apa yang lebih mengejutkan, semasa persembahan akhir vokalis kumpulan NOAH ini memeluk dan merangkul paha Bunga di atas pentas tersebut.

Rata-rata peminat teruja melihat kemesraan itu dan mendoakan mereka disatukan sebagai pasangan.

Semakin rapat… foto BCL peluk Ariel NOAH dari belakang jadi bualan

HUBUNGAN penyanyi popular Ariel NOAH dan Bunga Citra Lestari (BCL) dikhabarkan semakin rapat.

Kedua-duanya digosipkan menjalinkan hubungan istimewa, malah sekeping foto memperlihatkan BCL memeluk Ariel dari belakang mendapat perhatian netizen.

Seperti dipetik Liputan6, kedua-dua selebriti ini kelihatan mesra dan BCL dilihat begitu selesa bersandar di bahu vokalis kumpulan NOAH itu.

Ariel dan BCL kolaborasi buat kali kedua.

Keakraban hubungan mereka sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, kedua-dua artis ini juga sering terlibat dalam projek yang sama.

Malah, foto yang tersebar itu juga dikatakan salah satu adegan video muzik Mencari Cinta.

Foto yang dimuat naik sebuah akaun Instagram @r_cutha2 itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata peminat mereka sudah tidak sabar menanti kolaborasi terbaharu kedua pasangan itu.

BCL berkahwin dengan Ashraf Sinclair 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020.

Video,

Sedikit info Bunga Citra Lestari,

Bunga Citra Lestari (lahir 22 Mac 1983), juga dikenali sebagai BCL merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Indonesia. Memulakan kerjayanya pada 2002, beliau terkenal dengan membawa lagu-lagu genre POP seperti lagu “Cinta Pertama”, “Ingkar” dan “Menghapus Jejakmu” yang berduet bersama Ariel Noah serta juga sinetron Bayu Cinta Luna.

Beliau dilahirkan di Jakarta kepada pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif. BCL menghabiskan zaman persekolahannya di Lhokseumawe Nanggroe Aceh Darussalam.

Lagu popularnya yang berjudul “Sunny” juga menjadi muzik tema untuk filem Cinta Pertama. Beliau pernah berduet dengan PAS Band yang merupakan awal kerjayanya di dunia muzik.

Antara drama lipur lara lain yang pernah dibintanginya ialah Bukan Perempuan Biasa, ABG dan Senandung Masa Puber.

Beliau juga menceburi dunia muzik. Lagunya yang pernah menjadi popular adalah “Aku Tak Mau Sendiri”. Pada tahun 2006, Bunga Citra Lestari telah menghasilkan album Cinta Pertama, dan diikuti dengan album Tentang Kamu pada tahun 2008. Album berikutnya adalah album The Best Of BCL yang dihasilkan pada tahun 2013 dan diikuti dengan album Hit Singles And More pada tahun 2015.

Lagu Cinta Pertama (Sunny) yang merupakan bunyi latar filem Cinta Pertama menjadikan nama Bunga Citra Lestari semakin terkenal. Lagu ciptaan Dewiq ini membuat impian Bunga menjadi penyanyi terhasil. Apalagi setelah album solo perdananya berjaya dijual 75 ribu salinan hanya dalam tempoh dua minggu.

Bagi Bunga, bukan perkara yang mudah meraih impiannya sebagai penyanyi sekaligus sebagai pelakon drama lipur lara. Anag gadis pasangan Muchlis Rusli dan Emmy Syarif ini harus mengorbankan banyak perkara untuk menghasilkan album Cinta Pertama solonya, termasuk berkumpul bersama keluarga.

Gadis yang lebih akrab dipanggil Unge ini menyatakan keseriusannya gai penyanyi, dan mengenepikan anggapan gadis kampung, mengingat dirinya lebih dikenal sebagai pelakon drama lipur lara remaja daripada seorang penyanyi. Sebut saja beberapa wataknya di drama lipur lara Senandung Masa Puber, Dari Temen Jadi Demen, ABG, Penjaga Hati, menjadikan gadis yang suka mengenakan tank top dan celana hipster ini semakin dikenal umum.

Keazaman Unge sebagai penyanyi juga patut dijadikan contoh, kerana dalam usaha membaiki suaranya, gadis yang masih mendaftar sebagai mahasiswi Trisakti jurusan Manajemen ini memutuskan untuk berlatih vokal dengan Elfa Secioria sebelum masuk ke studio rakaman, dan menjadikan vokalnya matang.

Pelakon ini juga terkenal dengan penampilannya bersama Ari Lasso dengan kejayaan Aku dan Dirimu dalam album The Best of Ari Lasso.

Nama beliau boleh diterjemahkan sebagai “imej bunga abadi”. Beliau juga dikenali sebagai BCL.

Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair, seorang pelakon Malaysia pada 8 November 2008. Majlis perkahwinan beliau adalah sangat mewah dan diraikan di 2 negara, Indonesia dan Malaysia. Selepas mereka berkahwin, Bunga dan Ashraf membintangi dalam filem yang sama, Saus Kacang. Pasangan itu mempunyai anak pertama mereka pada pertengahan September bernama Noah Sinclair.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Sumber Mstar/WIKI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply