Jarang Muatnaik Gambar Dengan Suami , Noor Nabila Tiba-Tiba Bersuara Dedah Puncanya

Siapa yang sering mengikuti laman sosial Noor Nabila, pasti tahu kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini jarang sekali berkongsi foto bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Dek kerana itu, ramai yang membuat andaian rumah tangga pasangan ini mempunyai masalah. Enggan berdiam diri, Nabila tampil menepis dakwaan berkenaan. Ini kerana katanya, dia lebih selesa memilih untuk mengekalkan kehidupan peribadinya bersama suami secara privasi.

“Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu. Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik.

Klik untuk gambar besar


“Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah. Namun, itu tidak bermakna retak atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, ajal, maut ini semuanya kerja Tuhan.

“Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian,” jelas ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

Mengulas mengenai kehidupan peribadinya yang sering menjadi perhatian netizen, Nabila menganggap perkara itu sebagai lumrah kehidupan sebagai keluarga selebriti.


“Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri.

“Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan,” katanya Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran yang mempunyai seorang anak perempuan pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Sumber MyArtis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply