Rupanya Ani Mayuni Simpan Sesuatu Apa Yang Arwah Adibah Noor Beritahu Dia Secara Peribadi, Baru Sekarang Ani Buka Mulut

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza,” kata penyanyi Ani Maiyuni mengulas kematian penyanyi dan pelakon Adibah Noor petang tadi.

Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahy arham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

Adibah Noor Imagines Herself In "Gegar Vaganza 8" Finale With Nikki Palikat & Suki Low

“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Covid.

“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kan ser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.

Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat kan ser ova ri tahap empat.

Terdahulu,

SELEBRITI terkenal Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida.

Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi mStar tidak dapat berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai pemergiaan Adibah Noor.

“Ya… memang betul Adibah Noor sudah meninggal dunia di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin. Sebab kami sama-sama rapat dengan arwah.

Adibah disahkan meninggal dunia pada Sabtu.


Penampilan Adibah yang semakin kurus.

“Arwah meninggal dunia tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi,” katanya kepada mStar.

Dipercayai dia menghidap akibat kanser ovari.

Sebelum ini, penampilan terbaharu Adibah, 52, yang dilihat semakin kurus di Instagram berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan.

Dalam pada itu, pengurus kepada Adibah memberitahu arwah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Arwah tiba-tiba sesak nafas dan meninggal di hospital… dia memang dah beberapa hari dirawat di hospital.

“Arwah memang ada sakit kanser, tapi tak boleh nak kongsi lebih lanjut. Buat masa ini jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Keramat (Kuala Lumpur),” katanya ketika dihubungi mStar.

ADIBAH


Adibah menduduki tempat keempat GV8.

Menerusi laporan mStar pada 9 April lalu, Adibah meluahkan rasa syukur apabila dapat membayar hutangnya menggunakan hasil wang kemenangan di program Gegar Vaganza 8 (GV8).

Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, biarpun dalam nilai yang sedikit, namun sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tunaikan hajatnya itu sekali gus meringankan beban sendiri.

Menerusi program GV8, arwah mendapat tempat keempat manakala penyanyi Aliff Aziz menjadi juara dan Nikki Palikat ditempat kedua serta Suki Łow menduduki temat ketiga.

Pada awal kerjaya, Adibah pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor.

Selain menyanyi, Adibah juga banyak berlakon drama dan filem tempatan antaranya Sepet, Gubra, Mukhsin, Jin Notti, Magika dan Nasi Lemak 2.0.

Allahyarham juga bekas penyampai radio Suria FM.

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply