Syamsul Didakwa Sudah Bertunang Dengan Ira Kazar, Puteri Sarah Ucap Alhamdulillah Dan Tinggalkn Satu Pesan Ini

Spekulasi yang melibatkan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, 38, dengan anak Kazar Saisi, Ira Kazar, nampaknya semakin hangat diperkatakan ramai.

Terbaru, ada kalangan netizen bertindak berani menghantar paparan skrin kononnya mendakwa penerbit dan pengarah itu sudah pun bertunang dengan Ira.

Paparan skrin tersebut kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, turut kelihatan Sarah sempat menulis kata-kata sindiran terhadap Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Selain itu, turut kelihatan di paparan skrin ayat bertulis ‘Syamsul dan Ira Kazar sudah bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!’

Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan pengarah itu, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

‘Saya tak bertunang, kahwin dengan sesiapa’ – Syamsul

Syamsul menafikan bertunang dengan anak pelakon veteran seperti cerita yang tular, hari ini.

Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof, 38, hanya mampu ketawa, sekali gus menafikan gosip bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti tular dalam media sosial.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.

“Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi.

Terdahulu, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan anak kepada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu didakwa berkahwin senyap-senyap dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

Namun, bapa kepada dua cahaya mata itu memilih untuk berdiam diri.

Belum lenyap kisah kahwin, timbul pula gosip terbaru mendakwa suami kepada Puteri Sarah Liyana itu melangsungkan pertunangan dengan wanita yang hangat dikaitkan dengannya itu.

Menerusi perkongsian hantaran dibuat oleh seorang pengguna bernama, Hannah Montana dalam laman sosial mendakwa, Syamsul sudah bertunang.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber Mstar/BH/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply