“Sampai Bila Nak Fitnah?” – Awie Berang Dan Jelaskan Hubungan Rapat Dengan Erra Fazira

GARA-GARA keakraban sebagai kawan, timbul pula dakwaan kononnya penyanyi Datuk Awie menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra Fazira yang juga merupakan bekas kekasihnya suatu ketika dahulu.

Menafikan dakwaan tersebut, Awie berkata ia merupakan satu fitnah yang tidak berasas.

Ujarnya, mereka hanya berkawan dan masing-masing tidak lagi memikirkan mengenai hal lampau dan lebih selesa bersikap profesional terutamanya berkaitan kerja.

Awie & Erra Fazira Berduet Lagu DUA INSAN. Romantis Tapi Masih Profesional.Konsert Romantika Terbaik - YouTube

“Kami berkawan, bercinta, bertuang dan putus. Bila putus macam-macam orang kata. Tak bertegur sapa sampai lapan tahun.

“Saya fikir sampai bila nak teruskan macam ni, sampai bila orang nak menuding jari dan memfitnah fasal kami. Mereka salah.

“Mana-mana yang sempat nak minta maaf tu datang cepat kepada kami. Jangan jadikan fitnah sebagai makanan. Isteri saya pun tahu hubungan kami macam mana dan dia tidak ada masalah, sangat sokong tentang kerjaya kami,” ujarnya kepada mStar.

Video,

Tak ada perasaan cemburu – Awie

Penyanyi, Datuk Awie menepis spekulasi yang mengatakan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin cemburu dengan kerjasama yang terjalin antara beliau dan rakan industri juga primadona filem Melayu, Erra Fazira.

Kata Awie, isu tersebut tidak timbul malah Sharifah memahami dan teruja dengan kerjasama antara kedua-dua selebriti berkenaan.

Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin Instagram - Malaya

“Isteri saya beri kebenaran dan dia sangat teruja. Dia juga peminat Erra.

“Jadi semua okey, tak ada perasaan cemburu,” katanya.

Awie berkata demikian dalam sidang media Konsert Romantika yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, dekat sini semalam.

Awie pada masa yang sama memberitahu bahawa dirinya selesa bekerjasama dengan Erra yang merupakan kenalan lama.

“Saya dah kenal dia berpuluh tahun. Kami banyak berkompromi dan memahami sikap masing-masing.

“Kami pernah bertunang, kecewa, putus dan akhirnya kembali bersahabat.

“Insya-Allah tak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan dia,” katanya lagi.

Kisah Lama Tidak Menghalang Erra Fazira Dan Awie Untuk Kekal Bersahabat

Kisah percintaan selebriti banyak kita ketahui sama ada mereka bercinta atau putus cinta.

Kisah sama pernah berlaku antara penyanyi dan pelakon Erra Fazira dan Awie suatu ketika dahulu.

Malah mereka pernah bertunang pada tahun 1996 namun jodoh mereka tidak berpanjangan.

Biarpun begitu, hal yang lalu tidak usah dikenang dan jadikan ia sebagai memori yang menjadi sebahagian asam garam dalam kehidupan.

Pada 3 Disember 2020, Erra telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan Erra memberi hadiah kepada Awie sempena ulangtahun kelahiran Awie yang telah berlalu pada 24 November.

Melalui caption:-

“Hadiah belated birthday kpd kekanda yg budiman @awieofficial ..
Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Dt @awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair.. Alhamdulillah.”

Bagus mereka ni mengekalkan persahabatan!

Sumber MStar/Kosmo/HotFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply