Perkhabaran Duka, Salam Takziah DJ Lin Atas Kehilangan Orang Tersayang

SETELAH lama menderita penyakit buah pinggang, ibu kepada penyampai radio Suria FM iaitu Puteh Jantan, 80, meninggal dunia di rumahnya di Larkin Jaya, Johor Bahru pada pukul 4.50 pagi, Jumaat.

DJ Lin atau Roslinda Abd Majid berkata, jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga sebelum solat Jumaat dan berharap semua orang mendoakan roh arwah.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Ibunda saya yang tercinta, Puan Hajah Puteh Jantan baru sahaja meninggal dunia pukul 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami.

DJ Lin

Ibu DJ Lin dimasukkan ke hospital pada minggu lalu.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat. Mohon semua sedekahkan Al-fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman,” tulisnya.

Sebelum ini, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.

Kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak.

Dalam pada itu, DJ Lin mengucapkan terima kasih kepada ibunya atas kasih sayang, pengorbanan dan segala yang arwah lakukan demi anak-anak.

Reda dengan pemergian, DJ Lin berkata dia dan adik-beradik sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit ibu mereka yang sudah lama menangung kesakitan.

“Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak -anak Mak. Berehatlah mak.

DJ Lin

Foto kenangan DJ Lin dan adik beradiknya bersama ibu mereka.

“Puas mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu mak.

“Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah,” ujarnya.

Untuk rekod, arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.

Sedikit info DJ Lin,

Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin (lahir 31 Disember 1975) merupakan seorang penyampai radio dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM dan terkenal kerana rancangan radio Suria Cinta yang dikendalikannya.

DJ Lin merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Roslinda, lebih dikenali umum sebagai DJ Lin memulakan kerjaya awalnya di Best 104 sebelum berpindah ke Suria FM.

Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa  lagi jika ada suami” - Hiburan | mStar

Pada 1 Jun 2006, beliau menyertai Suria FM yang mana beliau mengendalikan rancangan Suria Cinta pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8 malam hingga 1 pagi. Suria Cinta membincangkan topik perhubungan dan percintaan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengurus Program di Suria serta memegang jawatan baharu di dalam pengurusan Star Radio Group.

Pada November 2011, DJ Lin memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, “Ranting Kenangan” yang dicipta oleh Eddie Hamid dan ditulis oleh Ku Seman Ku Hussein.

Beliau juga mengendalikan rancangan Apa Itu Cinta yang membincangkan tentang kisah cinta selebriti popular tanah air. Ia meraih 500,000 tontonan di Facebook rasmi Suria FM.

DJ Lin impi ada jodoh, harap miliki anak lagi

DJ Lin merupakan anak ketujuh dari 10 beradik, lahir dan membesar di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan ibu tunggal kepada dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Bapanya meninggal dunia pada 2000. Ibunya, Puteh Jantan mengalami bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru akibat kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Abangnya Ismail Abd Majid, meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tekanan darah tinggi melampau sehingga pembuluh darah dikepalanya pecah pada 6 November 2017 pada 51 tahun.

DJ Lin menang lagi - Kosmo Digital

DJ Lin menjalani pembedahan membuang fibroid, iaitu ketumbuhan di pangkal rahim pada 1 Mei 2019. Beliau dinasihatkan oleh doktor agar berehat selama satu atau dua bulan

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply