“Mereka Bengap, Dulu Muda Lainlah” – Nash ‘Warning’ Penonton Jangan Cakap Dirinya Tak Boleh Nyanyi

Selepas melihat rakan seperjuangan seperti Datuk Hattan, Search dan U.K’s membuat konsert masing-masing dengan jayanya, sedikit sebanyak ia memberi motivasi kepada penyanyi veteran Nash untuk membuat perkara yang sama untuk peminatnya.

Melalui laporan Kosmo, Nash ada memberitahu sedang dalam perancangan untuk melakukan konsert unggul, bagaimanapun masih dalam proses perbincangan bersama Datuk Ramli MS dan Man Kidal.

Dalam pada itu, penyanyi yang dikenali sebagai vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata dia enggan menjanjikan kualiti vokal akan sama seperti dahulu kala.

Tambahannya dia berharap agar orang ramai serta peminat untuk memahami keadaan suaranya sudah tidak sama seperti zaman muda.

Kalau penonton atau sesiapa cakap saya dah tak boleh menyanyi dan sebagainya, maknanya mereka bengaplah. Faktor umur kan.

Penyanyi terbabit turut berharap agar peminat tidak meletak harapan yang tinggi dalam nyanyiannya dan tidak membandingkan kualiti nyanyian seperti zaman awal kemunculannya.

Nash masih gementar

Penyanyi, Datuk Nash yang cukup dikenali sebagai penyanyi kumpulan Lefthanded mengakui gementar apabila bertanding dalam program realiti TV Hijrahkan Laguku walaupun sudah lebih empat dekad beraksi sebagai penyanyi.

DATUK NASH.

Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 62, berkata, dia sentiasa reda dan bersiap sedia sekiranya namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam program yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah setiap Sabtu itu.

“Setiap minggu, perasaan gemuruh memang tak dapat dielakkan. Saya reda walaupun tersingkir. Yang penting, saya nak berdakwah melalui lagu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ini adalah platform terbaik untuk penyanyi tanah air menyampaikan dakwah menerusi karya muzik.

“Platform yang disediakan TV Alhijrah ini benar-benar patuh syariah dan dalam pada kita menyajikan satu pertandingan realiti TV berkonsep nyanyian, ada dakwah yang disampaikan kepada penonton.

“Rata-rata penonton memberikan komen positif mengenai program ini,” katanya.

Diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik pada episod lalu, Nash juga berkongsi mengenai karya-karyanya bersama Lefthanded serta solo yang sebenarnya memiliki maksud tersirat.

“Kalau anda meneliti lagu-lagu Lefthanded dan lagu-lagu solo saya, 90 peratus adalah lagu-lagu ketuhanan dan secara tak langsung membawa mesej positif kepada pendengar.

“Alhamdulillah, dari situ banyak pilihan lagu yang saya boleh pilih tanpa perlu menukar liriknya memandangkan ia sesuai dengan konsep program ini,” katanya.

Terbaru, Nash akan menunaikan umrah buat kali keempat Januari ini dan bekerjasama dengan agensi umrah, A&M Berkat Travel & Tours Sdn Bhd serta platform lagu-lagu nasyid, Islamic Tunes untuk membawa jemaah Malaysia ke Makkah.

Sedikit info Nash

Dato’ Nashrudin Elias (lahir 4 Oktober 1959) atau lebih dikenali sebagai Dato Nash adalah seorang penyanyi rock yang popular di Malaysia. Beliau merupakan bekas vokalis bagi Kumpulan Step Closer dan Lefthanded. Datuk Nash telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Datuk Undang Naning ke-21 di Melaka pada 8 Mei 2014.

Memulakan kariernya sebagai penyanyi bersama kumpulan Lefthanded yang ditubuhkan pada tahun 1986. Nash sempat menghasilkan empat buah album bersama Lefthanded sebelum mengundurkan diri pada tahun 1990.

Biodata Profail dan Latar Belakang Nash @ Datuk Nashrudin bin Hj Elias — MYKMU.NET

Datuk Nash kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo. Album solo pertamanya berjudul Nash memuatkan lagu Pada Syurga Di Wajahmu meletup di pasaran pada tahun 1992 dan mengangkat nama beliau sebagai pemenang Juara Lagu 1992.

Pada tahun berikutnya album solo kedua menyusul dengan judul Nash 1993 menampilkan lagu Zahir Tak Terucap. Menarik tentang Datuk Nash, beliau bukan saja merupakan lagenda rock tanah air malah turut berkebolehan menyanyikan lagu-lagu berirama tradisional seperti asli dan zapin. Antara lagu tradisional yang pernah dinyanyikan beliau ialah Asli, Ya Maulana dan Masa.

Ku Di Halaman Rindu - Nash Lefthanded - YouTube

Beliau menghasilkan satu lagi album solo pada tahun 1994.

Pada tahun 1998 Datuk Nash kembali menjadi vokalis Lefthanded dan menghasilkan dua lagi album.

Tahun 2003 merupakan tahun di mana Datuk Nash dan Lefhanded mengadakan reunion dan bergerak aktif semula dalam menjayakan konsert di mana-mana. Datuk Nash pula selalu membuat persembahan secara solo di seluruh negara. Ini membuktikan bahawa Datuk Nash merupakan seorang lagenda rock yang diminati ramai.

Keadilan - Album by Lefthanded | Spotify

Datuk Nash juga turut mencuba bakat dalam bidang lakonan. Sebagai permulaan beliau muncul sebagai pelakon undangan dalam filem Rozana Cinta ’87, pada Kemudian beliau membintangi filem Memori pada tahun 1991, memegang watak sebagai Helmi.

Beliau juga pernah berlakon dalam drama Si Gagah arahan Harun Salim Bachik. Pada tahun 2012, beliau muncul dalam filem Aku, Kau & Dia bersama Remy Ishak menjadi penjual kedai alat muzik. Beliau pernah berlakon dalam drama bersiri Tanah Kubur dalam episod “Anak Angkat” bersama Nasir Bilal Khan. Beliau juga berlakon dalam drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur memegang watak sebagai Sarjan Malik.

Pada tahun 2005 beliau muncul sebagai undangan dalam filem Rock

Beliau pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusuf dan mempunyai empat orang anak iaitu Fareena Nasha (sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak), Najeeha Nasha, Mohamed Shameer Nasha dan Jasmen Hanis Nasha. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah pada tahun 1998.

Pada 16 November 2006 beliau berkahwin dengan Sosilawati Lawiya, seorang pengusaha produk kecantikan terkenal tetapi berpisah pada 2009.

Beliau juga merupakan bekas YDP PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam.

Cepat claim voucher terhad 50% diskaun Shopee di sini

Sumber BN/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply