Bagai Tidak Percaya, Pengurus Tiba2 Dedahkan Tentang Mak Wan Sesuatu Yang Tidak Sepatutnya, Seperti Ada Ritual

JIKA sebelum ini lantang mempertahankan Mak Wan Latah daripada tohmahan susulan kes penceraiannya April lalu, kini bekas pengurus peribadi pelakon veteran itu tampil membongkar sikap sebenar artis itu di laman sosial.

Wanita dikenali sebagai Amell berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres itu yang didakwanya panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, dilihat seumpa sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil menendang pintu.

Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.

WhatsApp Image 2022-06-26 at 6.32.45 PM

Antara pendedahan yang dibuat oleh Amell di TikTok.

Menjelaskan tindakannya mendedahkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Namun kini dia memilih untuk bersuara kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon itu sebelum ini.

“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.

“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.

Menyangkal perkara tersebut, Amell sebaliknya mendakwa dia mempunyai bukti pelakon itu yang mengambil wangnya.

Ingin mencari kebenaran, Amell mendakwa turut mempunyai bukti atas semua dakwaannya terhadap Mak Wan.

Bagi mendapat pembelaan, Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.

Beberapa video lain turut dikongsikan Amell di aplikasi TikTok dengan memperlihatkan ritual pelik yang dilakukan oleh pelakon tersebut dan didakwa wujud unsur syirik.

 

 

 

WhatsApp Image 2022-06-26 at 6.32.45 PM (1)

Perkahwinan Mak Wan Latah dengan Husain Dollah hanya bertahan tiga bulan.

Amell turut memberitahu akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.

Husain ketika mengulas perceraian itu kepada mStar menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan mendakwa berada dalam keadaan tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan dan tidak menghormatinya sebagai suami.

Terdahulu..

Hanya mampu bertahan beberapa bulan, pelakon veteran popular telah bercerai, ini reaksi Mak Wan Latah

Kuala Lumpur – Selama tujuh tahun hidup sendiri tanpa kehadiran lelaki bernama suami, pelakon veteran, Mak Wan Latah, 61, akhirnya bertemu jodoh ketiga pada 22 Januari lalu.

Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Hussin Dollah, 72, di Pejabat Agama Ipoh, Perak, manakala, majlis resepsi berlangsung di kampung halaman suami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelakon filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas berkenalan dengan suaminya menerusi seorang kenalan bersyukur, majlis pernikahan berjalan lancar, biarpun tarikh pernikahan terpaksa dit.unda.

Katanya, majlis pernikahan sepatutnya berlangsung pada 15 Januari, namun, terpaksa ditunda berikutan perlu menjalani k.uarantin disebabkan menjadi kontak rapat adiknya yang disahkan positif C.VID19 sekembali mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Moga Dipermudahkan Buat Mereka

Harapkan panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpaan yang dapat disimpulakan terhadap n.asib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.

Lafaz cerai dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar H.akim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di M.ahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plantif hadir ke m.ahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

“K.es perceraian di antara Husain Dolah plaintif dan Mak Wan defendan adalah sebutan pertama. Pihak kami telah memfailkannya k.es penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada m.ahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi pada awalnya mem.atikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung i.su itu.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Sumber: Mstar | FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply