“Alhamdulilah… No Caption… Just Sad… Thank You Allah,” – Fizz Fairuz Kongsi Video Almy Nadia Bertudung

Aktor Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur selepas memuat naik rakaman video kandid yang memaparkan isterinya, Datin Almy Nadia yang kini dilihat ayu bertudung litup.

Menerusi Instagram, Fizz menulis kapsyen ringkas yang sekaligus menggambarkan perasaan syukur dan sebaknya.

“Alhamdulilah…no caption…just sad…thank you Allah,” tulis Fizz ringkas.

Selain merakamkan penampilan manis Almy, video sama turut memaparkan aksi kandid anak-anak mereka saat mengisi masa di Legoland.

Pada masa sama, perkongsian berkenaan yang dibuat Fizz baru-baru ini itu turut menarik perhatian pengikutnya yang mendoakan semoga Almy istiqamah.

Almy sebelum ini ada memuat naik fotonya mengenakan tudung namun dia dan suami belum mengulas perkara tersebut lebih lanjut.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah kurang setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.

Antara komen-komen netizen,

Masyaallah,Suami Yg Berjaya Menjaga Isteri Dgn Sempurna,Yg Sabar,Yg Ikhlas Menyayangi,Berkat Kesabaran Allah Kurniakan Hidayah Paling Indah.Cantik Sgt.Love

Anak2 Dato Semua Comel2..Masya Allah, Wife Pn Alhamdulillah Dah Bertudung.Moga Istiqomah.

Alhamdulillah… Sudah Berhijab! Harta Yang Paling Berharga Adalah Keluarga.

Alhamdulillah …Muka Datin Iras2 Tuanku PERMAISURI AGONG … MASYAALLAH .

Semuga Istiqamah Dalam Ketaatan Pada Allah. Semuga Allah Memberikan Jalan Kepada Banyak Lagi Kebaikan Dunia Dan Akhirat Pada Kalin Sekeluarga

Ikhlas Jujur Baik Org Nya… Abg Gee Akan Rindui Dari Jauh..Semoga Allah Rahmati Keluarga Ni…

Kalau Sy Teringat Kawan Sy Yg Telah Menghadap Ilahi Sy Akan Tengok Almy Nadia Sbb Sama Muka

Masyaallah Tabarakallah… Bila Suami Isteri Saling Menghargai Satu Sama Lain… Saling Faham.. Dan Mmberi Sokongan… Allah Akan Memudahkan Dlm Segala Urusan… MOGA Dato @Fizzfairuzofficial N Datin @Almynadiaofficial Dipermudahkn Sgala Urusan Dan Dikurniakan Syurga Trtinggi Oleh Allah… Aminnn Ya Rabb

Bukan Nk Kata Awat Bila Pakai Ja Hijab Aura2 Dato Datin Tan Sri Tu Makin Nmpk Terserlah Xnmpk Biasa Tp Luar Biasa Biaq Pakai Simple2 Pun Kalau Aku Pakai Tudung Cmni Rasa Auto Tukaq Jd Umoq 70

Mula2 Tak Faham Kenapa Alhamdulilah….Pastu Bru Perasaan….Oooo Ok Anyway Tahniah Dan Alhamdulilah…Moga Istiqamah Ye

Dr Dlu Ske Awak Sis…Dr Awak Bujang Smpai Skrg .Btw Awak Mmg Cntik!!!!!!!!!I Proud With U

Almy Nadia tidak kisah orang kata badan berisi

PERNAH mengalami tekanan dikritik kerana susuk tubuhnya yang berisi, pelakon Almy Nadia mengambil keputusan untuk tidak lagi mengendahkan apa saja tanggapan masyarakat terhadap dirinya.

Almy atau pemilik nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 36, berkata beliau tidak mahu menyeksa diri bagi memuaskan hati semua pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya.

“Saya kini tidak mahu lagi mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap diri saya. Lumrah, badan akan naik ketika hamil dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka.

“Biarlah apa yang ingin orang kata, asalkan saya bahagia. Lagipun, saya tidak mahu menyekat pemakanan demi memuaskan hati pihak tertentu saja. Bagi saya, kesihatan bayi dalam kandungan lebih penting daripada segala-galanya.

“Saya menjaga pemakanan ketika kehamilan kedua ini kerana belajar daripada pengalaman lalu. Saya mengurangkan pengambilan makanan manis kerana ia bukan saja mendatangkan risiko kepada bayi, sebaliknya pada kandungan saya juga,” kata Almy.

Lebih bijak kawal pemakanan

Pelakon kelahiran Pulau Pinang itu berkata, beliau yang kini hamil enam bulan lebih bijak mengawal pengambilan makanan berbanding kehamilan pertama kerana banyak mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan kandungan.

Selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mei 2014 dengan aktor Fizz Fairuz dan menimang cahaya mata sulung, Nur Afrina Ariana, pada 16 Februari tahun lalu, Almy sering menjadi tumpuan kerana susuk tubuhnya yang berisi selepas bersalin.

Almy sebelum ini mengambil pendekatan menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yang sering pertikaikan berat badannya yang bertambah.

Dalam pada itu, Almy menjelaskan beliau kini tidak lagi khuatir mengenai tawaran lakonan kerana lebih selesa bergerak di belakang tabir membangunkan syarikat Rainmaker Creation Sdn Bhd hasil perkongsiannya bersama Fizz.

“Kini saya tidak perlu lagi gusar mengenai tawaran lakonan yang terhad kerana susuk tubuh saya. Pastinya saya mengidamkan badan kurus seperti dulu, namun biarlah selepas saya selamat melahirkan anak kedua ini.

“Alhamdulillah fokus kini diberikan kepada syarikat mengendalikan acara yang ditubuhkan oleh saya dan Fizz. Pendekatan ini diambil untuk pelaburan masa depan kerana tidak mahu bergantung kepada pendapatan sebagai pelakon semata-mata.

“Syarikat kami masih kecil dan banyak yang perlu dipelajari dalam bidang perniagaan. Kebanyakan kerja memang diuruskan oleh kami berdua kerana belum mempunyai tenaga kerja mencukupi buat waktu ini,” katanya.

Sedikit info Datin Almy Nadia,

Datin Almy Nadia Aminuddin Shah (lahir 27 April 1986) merupakan seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Tapah, Perak tetapi dibesarkan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Fizz Fairuz.

Beliau pernah membintangi beberapa buah drama dan filem, antaranya Nana Tanjung, Janji Kekasih, Hujan Teduh, Dunia Baru, Cinta Tak Bertepi dan Dunia Baru The Movie. Bakatnya tidak dapat diketepikan dan adalah saingan kuat kepada Fasha Sandha, Diana Danielle, dan Fouziah Gous. Almy telah mula mendapat tawaran bergelar pelakon sebaik menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006.

Sumber Mediahiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply